MP Bayan Baru, bapa Adam Adli dipanggil polis
8 Julai 2013
.jpg)
Tze zin dan Abdul Halim menerima notis hari ini yang mengarahkan mereka hadir ke Balai Polis Sentul, Jalan Kasipillay, jam 1 tengah hari esok.
Keadilandaily melaporkan,Tze Tzin sebagai berkata, pada malam 24 Jun selepas 33 aktivis mahasiswa ditangkap akibat berhimpun di perkarangan Parlimen, beliau turun ke Balai Polis Jinjang untuk bersolidariti.
âSaya hadir sebagai tanda sokongan dan ada memberi sedikit ucapan. Sebab itu polis panggil saya untuk disiasat,â katanya.
Polis bagaimanapun belum memberi sebarang maklumat akta yang akan digunakan untuk siasatan tersebut.
Sejak pilihan raya umum ke-13, beberapa pemimpin PR disiasat dan ditahan termasuk mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Akta Hasutan 1948.
Antaranya pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, Naib Presiden, Tian Chua, penyelaras NGO Asalkan Bukan Umno (ABU), Haris Ibrahim dan aktivis Pas, Thamrin Ghafar.
Sementara mahasiswa Adam Adli turut direman lima hari dan disiasat di bawah Akta Hasutan ekoran ucapannya dalam sebuah forum pasca PRU13. MOUNTDWELLER
No comments:
Post a Comment