'Kenapa bekas tahanan EO tak didakwa?'
Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua mencabar Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi menjelaskan kenapa tahanan Ordinan Darurat (kini dimansuhkan) masih bebas jika terdapat bukti terhadap mereka seperti didakwa.
Beliau merujuk kepada janji Zahid semalam untuk membentangkan dapatan penuh kajian terkini, bagi menjelaskan kenapa EO perlu dikembalikan atau diganti dengan undang-undang yang hampir sama pada persidangan Parlimen sesi September.
Menteri itu mendakwa, kajian mendapati 90 peratus daripada jenayah terancang di Selangor didalangi oleh bekas tahanan EO.
"Jika kajian itu benar wujud, ia sebenarnya tidak membuktikan ada keperluan terhadap EO, ia hanya membuktikan pasukan polis sepenuhnya tidak cekap," kata Pua (kanan) dalam kenyataan hari ini.
Pua berkata, jika benar polis keadaan itu, kenapa polis tidak mendakwa mereka di mahkamah dan menyumbat mereka ke penjara.
MOUNTDWELLER

No comments:
Post a Comment