Arab Saudi dan UAE rupanya Proxy Dajjal terpenting di Timur Tengah!
Sekarang nampak belang dan cukup terang warna bendera Yahudi dan USA di Istana pemeritah negara-negara tersebut
Ibn Saud patut di persalahkan mendahului Yahudi dan Nasora.....
Kini Tentera Dajjal ini bergabung meruntuhkan sebuah K erajaan Islam di Mesir sekarang sudah mula terdesak dan cuba meraih sokongan
Mesir mulai terdesak
SH - 11 Julai 2013
Ribuan penyokong Mursi menuntut tentera bertanggungjawab
terhadap puluhan kematian di Kaherah.
Dipetik Press TV, selepas terowong di selatan Gaza dan Mesir di sempadan Rafah dimusnahkan sehari selepas penggulingan Mursi, negara itu kini mengenakan syarat baru di mana rakyat Syria berkunjung ke Mesir perlu memohon visa susulan konflik politik yang sehingga kini meragut lebih 50 nyawa.
Sumber konsulat Mesir melaporkan, rakyat Syria yang mahu berkunjung ke Mesir perlu memohon visa di Kedutaan Mesir.
âKeputusan kelulusan visa, akan diberitahu dalam tempoh 10 hingga 15 hari selepas permohonan dibuat,â katanya.
Menurutnya, syarat terbabit tidak dipastikan sama ada berkuat kuasa sementara atau kekal.
Dalam perkembangan lain, jurucakap Persaudaraan Islam Mesir, Tareq al-Morsi ber kata, Perdana Menteri sementara, Hazem El-Beblawi mempelawa Ikwanul Muslimin dan Parti Keadilan menyertai kerajaan dengan memberi beberapa jawatan dalam Kabinet.
âKami mengutuk rampasan kuasa ini dan tidak mengiktiraf kerajaan sementara itu,â katanya.
Menurutnya, kumpulan gerakan itu juga tidak berhasrat mengadakan perbincangan dengan kerajaan sementara sehingga penggulingan Mursi dibatalkan.
Sementara itu, Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat berikrar meneruskan sokongan terhadap kerajaan sementara dan tentera Mesir.
Raja Saudi, Raja Abdullah mengumumkan bantuan AS$ 8 bilion (RM25 bilion) diberikan kepada Mesir sebagai tanda sokongan terhadap rampasan kuasa oleh tentera manakala Washington melalui Jurucakap Rumah Putih, Jay Carney mengesahkan bantuan AS$ 1.5 bilion (RM4.7 bilion) yang diberikan sebelum ini akan diteruskan seperti biasa. MOUNTDWELLER
No comments:
Post a Comment