Monday, July 8, 2013

Novel...

Novel...

Senang hidup aku bila cuti sekolah dah bermula...tak yah kelam kelibut nak masak, bangun tak yah pepagi sangat, tak yah memberus baju sekolah yang hampir nipis aku kerjakan. Selalunya bila cuti sekolah aku dan En Win akan memberikan kelonggaran dan kebebasan kepada anak2. Boleh main Ipad, tidur lambat dan baca buku cerita...tapi still ada tuisyen dan Class muzik.

Bila budak2 bebas aku pun bebas sekali tak adalah terkejar sana sini...aku pun boleh baca novel yang dah lama aku tinggalkan. Aku mmg suka membaca...tapi lebih kepada novel sebab itu aku selalu emosi. Aku boleh gelak secara tetiba dan boleh menangis melalak. En Win mmg cukup tak faham dengan perangai aku novel punya pasal aku menjadi moody nak pulak cite yan g aku baca tentang kecurangan atau penderaan kepada isteri dan kekasih...hahahaha.

Aku kalau start baca novel satu kerja pun aku tak buat...sebabkan nak tahu pasal penghujung cite tu... Berak pun aku bawak novel tu...memalam sanggup duduk kat hall sorang2 sbb nak habiskan buku tu. Dulu waktu mula2 En Win nak tackle aku hampir setiap minggu dia hadiahkan aku novel...tapi sekarang nando ya. Kutuk aku lagi adalah..."Ma u dah tua lah nak baca kisah2 cinta ni...baik u beli buku masakan". Ewah3...banyak kau punya tua kan... test tengok malam larat ker tak larat....muahahahaha.

Aku kalau cari novel suka tentang percintaan remaja....kisah lelaki kaya yang sombong tetiba jatuh hati dengan seorang gadis disebabkan kebaikan gadis itu dia terpikat...cewah! lepas tu aku perasan perempuan dalam novel tu aku. Tu yang boleh buat aku senyum sorang2...hahaha Harus perempuan yang dalam novel tu aku imagine sangat jelita...macam aku....haktuiii!!!

Last week habis jer class muzik aku bawak budak2 gi Popular book store...lantak lah korang nak pilih buku apa pun...asal jangan kau ganggu mak kau yang tengah pilih buku percintaan....aaaaauuuwww!!.



Dapat sambar 2 buku haritu. So far satu buku aku dah habis baca Yes Boss! tapi cite dia agak kureng sikit. Romantika dalam cite ni tak banyak sangat...so aku tak boleh nak imagine sangat...hahaha. Novel Dah Jodoh hari Sabtu ni baru aku nak start baca. Disebabkan aku nak habiskan cite YES Boss ni aku bawak lah ke opis tengah baca bila bunyi pintu boss aku jer aku cepat2 campak bawah meja...sudahnya aku simpan balik dalam beg sbb boss aku asyik interkom jer.


Ini buku pilihan adik....ok approved!!

Turn Yaya pulak tunjuk buku yang dia pilih




OMG!! Cinta FB....hampir gugur jantung aku. Motif darjah 4 beli buku cinta. Ni yang aku susah hati ni...nampak sangat anak aku dah membesar dah pandai pilih buku2 remaja. Aku tak boleh terima hakikat lagi Yaya dah besar...bila dia pilih buku2 macam ni aku jadi emo...Why darling Why???. Boleh tak kalau aku suruh dia simpan balik...bila aku tanya En Win dia suruh biarkan tapi kita tetap kena pantau aktiviti Yaya. Kang kalau kongkong sangat dia buat dalam senyap lagi parah. Jadi kena bersikap terbuka walaupun dalam hati aku tak terbuka langsung.

Aku kalau dia duduk senyap jer dalam bilik nanti aku sergah...terjah jer bilik dia...takut dia berchatting or tengok gambar2 terlarang. So far ok lagi. Susah hati betul anak dah besar ni. Aku dah start rotan...hahaha garangkan. Tak kemas bilik, baju bersepah, meja berhabuk mmg zass kat kaki tu. Part2 mengajar anak En Win tak boleh masuk campur sekarang sebab diorang dah memb esar so dari sekarang kena bagi didikan yang tegas sikit.



Next week kitaorang nak bercuti...marilah cari apa yang perlu...seperti biasa kalau nak bercuti kena ada sepasang baju baru... baru lah semangat cuti tu membuak2. Jom anak2....En Win sila bersiap sedia ada 3 permintaan gadis yang harus dilayan....muahahahaha!
Elly In Wonderland

No comments:

Post a Comment