MPPP bertungkus lumus menurunkan sebuah papan iklan gergasi âharamâ di Bulatan Gurney baru-baru ini selepas tamatnya tarikh pemutihan yang diberikan. | Foto: Buletin Mutiara. |
ONG Ah Teong (baju putih, tiga dari kanan) memerhatikan sebuah papan iklan âharamâ yang telah diturunkan oleh MPPP di Bulatan Gurney baru-baru ini. |
MAJLiS Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) terus melaksanakan operasi menurunkan papan iklan tanpa lesen atau sudah tamat tempoh di sekitar pulau baru-baru ini.
Ahli Majlis MPPP, Ong Ah Teong berkata, operasi pemutihan itu mendapati kira-kira 100 iklan sahaja mendapat kelulusan serta lesen daripada pihak berkuasa tempatan (PBT), manakala, lebih 400 lain adalah iklan âharamâ.
âBagi pengusaha dan pemilik iklan âharamâ yang masih belum membuat permohonan rasmi selepas tarikh tersebut, kita (PBT) tidak teragak-agak merobohkannya satu demi satu.
"Ini cukup membuktikan bahawa MPPP kini memandang serius terhadap perkara ini," ujar beliau dalam satu operasi di George Town yang disertai 20 Direktorat Penguakuasaan MPPP.
Menurut beliau, langkah drastik MPPP itu dilakukan selepas menyedari bahawa peristiwa ribu yang melanda negeri berkenaan baru-baru ini hampir menumbangkan tiga papan iklan di tiga lokasi berasingan dekat Jalan Gottlieb, Persiaran Gurney dan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.
Pada Mac lepas, MPPP memulakan operasi pemutihan dengan melekat 32 notis amaran berwarna merah pada papan-papan iklan yang dikenal pasti âharamâ.
Dari jumlah itu, beliau berkata, sebanyak 21 papan iklan tanpa lesen telahpun diturunkan oleh pihak penguatkuasaan majlis.
Tidak cukup dengan itu, katanya, MPPP membekukan kesemua permohonan baru dalam tempoh setahun ini supaya memberi masa kepada para pegawainya melakukan operasi pemutihan papan iklan yang sedia ada.
Justeru, katanya lagi, semua syarikat pengiklanan berwajib digesa segera memohon atau memperbaharui lesen masing-masing setiap tahun demi mengelak tindakan penguatkuasaan MPPP.
No comments:
Post a Comment