PEMAHSYORAN Law Choo Kiang sebagai Speaker DUN Pulau Pinang yang baru menerima perhatian wartawan gambar. | Foto: Buletin Mutiara |
DUN menerima cadangan Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng untuk memilih ADUN Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tambun, Law Chong Kiang sebagai Speaker DUN.
Istiadat angkat sumpah kesemua ADUN kemudiannya dilangsungkan di depan Choo Kiang.
DUN turut menerima cadangan Guan Eng untuk melantik ADUN Sungai Bakap, Maktar Shapee sebagai Timbalan Speaker.
Istiadat perbarisan pembukaan bermula pada Selasa depan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dr Abdul Rahman Abbas dan mesyuarat dewan dijadual selesai pada 4 Julai.
Datuk Abdul Halim Hussain merupakan Speaker DUN pada penggal pentadbiran lepas. -END faqar
No comments:
Post a Comment