Monday, July 1, 2013

Henti pertikai pelantikan Tee: Sultan Johor

Henti pertikai pelantikan Tee: Sultan Johor




Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar meminta semua pihak berhenti mempertikaikan soal pelantikan Datuk Tee Siew Kiong sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Johor.

Baginda, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit, Jaba Mohd Noah, bertitah MCA atau pihak yang lain haruslah menghormati keputusan yang telah dibuat dan tidak wajar untuk terus mempertikaikan kuasa Sultan Johor sebagai sultan yang memerintah negeri ini.

"Tuanku melantik Datuk Tee supaya setiap kaum yang utama ada wakil di dalam barisan Exco negeri.

"Baginda tidak perlu untuk mendapatkan mana-mana cadangan daripada mana-m ana pihak dan tidak juga perlu menjelaskan mengapa Datuk Tee dipilih," menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Seterusnya Suara Ketam

No comments:

Post a Comment