Monday, July 1, 2013

Berita Baik Untuk Pengundi BN Tetapi Bala Bagi Penentang!

Berita Baik Untuk Pengundi BN Tetapi Bala Bagi Penentang!

Pastinya pengundi BN akan tersenyum sebab mereka semuanya banyak duit, yang menyumpah dan menyampah tentunya yang tidak mengundi BN
Jadi sama-sama ada bahagian masing-masing!
Adilkan?

Isnin Julai 1, 2013
Penerima Saman AES Perlu Jelask an Kompaun - Hishammuddin
KUALA LUMPUR: Saman AES masih berkuat kuasa meskipun proses pendakwaan mahkamah ditangguh, kata pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
"Ini bermakna pemand u yang menerima saman AES masih perlu menjelaskan kompaun yang dikenakan kepada mereka," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh) di Dewan Rakyat, Isnin.
Hishammuddin berkata saman itu perlu dibayar kerana notis yang dikeluarkan kepada pesalah adalah mengikut peruntukan undang-undang.
Beliau berkata antara 14 lokasi di Kuala Lumpur dan Selangor yang terdapat penguatkuasaan AES setakat ini iala h Kilometer 375.9 Lebuhraya PLUS-Slim River (arah utara), Kilometer 7 Jalan Maharajalela, Teluk Intan (arah ke Bagan Datoh), Kilometer 91 Jalan Ipoh-Butterworth (arah ke Selatan), Kilometer 26 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur (arah ke Selatan) dan Kilometer 204.6 Lebuhraya Klang Lama (persimpangan Jalan Sepadu) serta Jalan Lebuh Sentosa di Putrajaya (Kajang menuju PICC). - mStar
MOUNTDWELLER

No comments:

Post a Comment