Monday, July 8, 2013

Elemen kesombongan BN terserlah !!!

Elemen kesombongan BN terserlah !!!

GA - Blog ini sudah kemukakan strategi yang hampir sempurna akan dilaksanakan oleh PR dalam menempuh sidang parlimen awal minggu hadapan. Semua ada jawatankuasa. Jawatankuasa perundangan. Jawatankuasa latihan ahli parlimen baru. Jawatankuasa Strategi dan Isu.

Mereka rancang secara cukup teliti. Siapa yang bercakap. Isu apa yang dibawa. Siapa yang perlu ditanyakan soalan. Point of order apa yang ingin dibawa.

Contoh soalan yang akan ditanya oleh YB DAP (Nga Kor Ming). Semua soalan menjurus kepada perangkap yang akan ditambah dengan soalan tambahan.

1. MINTA YB MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah penjelasan & pendirian pihak kerajaan terhadap perbicaraan kes kapal selam scorpene di Perancis, samada Menteri Pertahanan dan Perdana Menteri sudi jadi saksi jawab dakwaan di Mahkamah Tinggi Negara tersebut.

2. MINTA YB MENTERI KEWANGAN menyatakan secara terperinci kedudukan terkini jumlah hutang Negara, kos membayar hutang negara dan semuacontingent l iabilities yang perlu ditanggung oleh kerajaan setakat bulan Jun, 2013.

3. MINTA YB MENTERI KERJA RAYA menyatakan secara terperinci jumlah kos pembinaan, butir syarikat bertanggungjawab serta kos sampingan terkini termasukvariation order(vo)projek Lapangan terbang seperti berikut :-

a)Lapangan Terbang Kuala Terengganu;

b)Lapangan Terbang Ipoh; dan

c)Lapangan KLIA2.

4. MINTA YB MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan secara terperinci kedudukan terkini, syarikat konsesi dan kos yang terlibat dalam pembinaan Lebuhraya Pantai Barat(Western coastal Highway) sepanjang 316 km dari Banting ke Taiping yang dilaporkan akan mengadakan kutipan TOL selama 50 tahun hingga tahun 2066. 

5. MINTA YB MENTERI INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah langkah dan rancangan segera kementerian untuk mengatasi masalah eksport sarang burung walit(Bird nest) ke luar Negara yang telah berlarutan lebin 2 tahun dan jangkaan pulangan kepada Negara.

6. MINTA YB MENTERI JABATAN PERDANA MENTERI menyatakan secara terperinci jumlah kos perbelanjaan pilihanraya umum ke-13 yang diadakan pada 5hb Mei, 2013 dan apakan langkah yang diambil oleh pihak kerajaan untuk memastikan pilihanraya umum dijalankan secara bersih dan adil.

7. MINTA YAB PERDANA MENTERI nyatakan secara terperinci bilangan kakitangan awam kerajaan mengikut kementerian masing-masing dan jumlah emolument serta kos untuk menanggung perkhidmatan awam dalam Negara kita pada tahun 2013.

8. MINTA YB ME NTERI PERDAGANGAN NEGERI, KOPERASI DAN HAL EHWAL PENGGUNA berapakah subsidi dan kos sebenar untuk menubuhkan “kedai Rakyat 1 Malaysia.”diseluruh tanahair.

9. MINTA YB MENTERI JABATAN PERDANA MENTERI senaraikan jumlah perbelanjaan yang dibayar untuk rombongan YAB Perdana Menteri dan YAB Timbalan Perdana Menteri ke luar Negara dalam tempoh 5 tahun iaitu dari bulan March, 2008 hingga Mei, 2013.

10. MINTA YB MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah langkah dan rancangan kerajaan untuk mengurangkan kertas kerja(Paper works) para guru dan langkah untuk memperbaiki prestasi akademik, kualiti pendidikan dan kebajikan profession perguruan dalam N egara kita.

Menjadi kemusykilan kerana di kalangan BN, mesyuarat pertama yang bakal dilaksanakan untuk strategi berhadapan dengan pembangkang hanyalah berlaku pada Isnin (24/06/2013 â€" jam 5 petang). Bayangkan betapa dalam keadaan yang tidak begitu kuat pun, ada elemen kesombongan yang melanda BN.

Tak ada strategi. Tangkap muat. Pemilihan backbenchers pun belum diselesaikan. Semua main hentam keromo.

Apa nak jadi minggu depan?

Elok agaknya, dua orang Menteri di Jabatan Perdana Menteri, seperti Shahidan dan Nancy Shukri dilantik sebagai koordinator kepada ahli-ahli Parlimen BN. Khususnya yang baru. Backbenchers mesti ada jadual khas untuk bertemu sekurang-kurangnya DPM setiap minggu. Kena strategi. Bukan main tangkap muat.

Jangan terlepas pandang sidang parlimen. Kena perkuat barisan.

- SUMBER
Rakyat Tranung (RAKTRA)

No comments:

Post a Comment