Semakin jauh pula sasaran Pemilik Sarawak Report dan Radio Free Sarawak, Clare Rewcastle Brown setelah bengang kerana gagal bertemu Baru Bian. Dari mendabik dada mengaku perjuang alam sekitar, kini sudah mula mengcongak kewajaran menghapuskan akta hasutan.
Memang semakin dapat diduga kehendak dan cita-cita mereka, dengan bekerjasama dengan Pakatan Rakyat akhirnya misi disatukan. Semuanya berpunca kerana PRU13 mereka teruk kegagalan sama sekali, untuk mengubah kerajaan Malaysia.
Pada 2010 dapat dilihat bertapa gairahnya Radio Free Sarawak bertungkus lumus untuk menghasut warga rumah panjang, memberi undi kepada Pakatan Rakyat. Berapa banyak modal beli radio untuk didermakan dirumah panjang seluruh Sarawak. Itu belum kira kopi dan beras dijadikan habuan memujuk mengambil hati kononnya prihatin laa sangat.
Tetapi usaha selama 3 tahun itu gagal dengan teruk sekali, apabila Barisan Nasional Sarawak menang dengan bergaya. Sekaligus mencerminkan Sabah dan Sarawak kekal sebagai diposit tetap BN.
Pelbagai kaedah telah digunakan oleh Clare Rewcastle, termasuk cuba menjatuhkan Sime Darby sebagai kuasa minyak masak dunia, yang juga mengembang sayap di Sarawak. Mungkin Clare Rewcastle tidak sedar yang kuasa minyak masak ini banyak memberi ruang dan peluang untuk Malaysia membangun di sampin rakyat Malaysia terus menerus meningkat pelbagai kemudahan dan subsidi.
Bergitu juga industri berat yang masuk ke Sarawak, bergitu juga sumber petroleum, bergitu juga perancangan dan perangkaan jangka panjang kerajaan untuk memenuhi kelengkapan infrastruktur agar Sarawak membangun. Semuanya cuba dimenipulasikan oleh Clare Rewcastle sebagai rasuah dan kroni.
Erti katakan sebenar kerajaan Sarawak jangan buat apa-apapun supaya tidak wujud cerita-cerita bergini. Itulah yang diharap sangat oleh puak-puak ini.
Tetapi manusia seperti Clare Rewcastle kononnya nampak soal alam sekitar tetapi entah macammana boleh melalut bercerita mengalah wartawan politik. Itu tidak pelik pada Pakatan kerana mendekati politik sama denga n mempertahankan haiwan liar yang dikatakan hampir pupus. Tetapi haiwan yang mana sebenarnya? Mungkin inilah niat Clare Rewcastle.
Semakin pelik apabila Clare Rewcastle mula menyuarakan "Terutama sekali kesalahan hasutan, suatu kesalahan yang setahu saya Perdana Menteri membayangkan kepada Perdana Menteri Britan, untuk dihapus. Sedangkan, ia tetap satu daripada banyak halangan ke arah demokrasi dan kebebasan bersuara di Malaysia,"
Kebebasan bersuara yang bagaimana sebenarnya mereka idam-idamkan selama ini? Kalau bukan kerana kebebasan bersuaralah, rasanya jejak sahaja Clare Rewcastle di Lapangan Terbang Sarawak. Bukan dihalang masuk tetapi kerajaan Sarawak tangkap bawa masuk lokap untuk diambil tindakan. Itu baru dinamakan menghalang kebebasan bersuara. Walhal semua orang tahu yang puak-puak ini bukan terhalang bersuara tetapi terlampau dan melampau-lampau bila bersuara.
Kalaulah terhapusnya akta ini, mungkin selepas ini bolehlah Clare Rewcastle lebih jauh lagi menulis sehingga melalut melangkaui hingga empat perkara utama yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan seperti kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi, kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hak keistimewaan orang Melayu.
Inilah bahagian terakhir yang dinanti-nantikan kebanyakan penentang kerajaan sah di Malaysia. Setelah permansuhan Akta Keselamatan Dal am Negeri (ISA) hingga mengakibatkan banyak kes berhubung keselamatan tidak dapat diambil tindakan berikutan ketiadaan ISA.
Kerana tiada ISA lah menyebabkan Clare Rewcastke berani jejak di lapangan terbang Sarawak tetapi dihalang masuk. Nasib cuma dihalang tetapi kalau ISA masih ada agak-agak bagaimana rupanya nanti walaupun adik ipar bekas Perdana Menteri Britian, Gordon Brown
Hakikatnya
Pecah Palak Mikir
No comments:
Post a Comment