Di Negara ini tak ada apa yang boleh dilakukan
Kalau amalkan Undang-Undang Islam ada cara hukumannya...
Aku rasa akan ada yang salahkan DAP, PAS dan PKR
Bakal ibu merayu mahu keluar dari Islam
Siti Mariana Abdullah atau nama asalnya N Santhi mahu kembali kepada agama Hindu.
SEREMBAN: Seorang bakal ibu Siti Mariana Abdullah, 24, yang akan melahirkan anak sulung dalam tempoh empat bulan lagi, merayu kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAI) Negeri Sembilan agar beliau dibenarkan keluar dari agama Islam.
Nama asal beliau ialah N Santhi ketika beragama Hindu. Beliau menceritakan kronologi di sidang akhbar yang diatur oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senawang, P Gunasekaran (DAP).
Siti Mariana menceritakan bagaimana keretakan dan kerenggangan hubungan antara ibubapa menyebabkan ibubapanya berpisah di mana ibu Siti Mariana telah meninggalkan bapa beliau dan berkahwin dengan seorang lelaki Islam sepuluh tahun lepas.
âKetika itu saya berumur 14 tahun dan saya dibawa bersama mengikut ibu. Bapa kandung pula patah hati dan selepas lebih kurang dua tahun, bapa kandung saya meninggal dunia.
âKetika berumur 15 tahun saya diislamkan secara paksa dan tanpa kerelaan hati. Saya hanya bersama ibu dan bapa tiri untuk tempoh yang singkat iaitu lebih kurang dua tahun dan saya kemudiannya keluar rumah meninggalkan ibubapa tersebut.
âSaya mempunyai tujuh adik beradik iaitu empat perempuan dan tiga lelaki termasuk saya. Kesemua adik beradik saya beragama Hindu kecuali saya.
Adat dan budaya
Adat dan budaya
âSetelah mengenali P Praganathan, 38, yang beragama Hindu dan dengan persetujuan pihak keluarga lelaki dan mengikut adat dan kebudayaan Hindu saya berkahwin dengannya lima tahun lepas.
âSaya kemudiannya menjalani kehidupan sepenuhnya sebagai wanita Hindu dengan mengikut tatacara dan kebudayaan Hindu baik dari segi pakaian, sembahyang di kuil Hindu, memasak dan memakan makanan yang tidak halal, mengikat âthaliâ di leher dan sebagainya seperti wanita Hindu yang lain.
âSuami saya dan keluarga ibubapa mertua saya adalah golongan yang berpegang kuat dalam amalan Hindu dan memiliki kuil sendiri di rumah.
âSaya benar-benar meminati agama Hindu dan ingin meneruskan kehidupan sebagai seorang wanita Hindu dan mengamalkan agama
Hindu secara sukarela dan saya tidak mahu mengamalkan agama Islam yang bukan menjadi pilihan saya.
âJusteru itu saya memohon agar JHEAI mempertimbangkan permohonan pengistiharan keluar dari agama Islam,â kata Siti Mariana.
Siti Mariana juga mendakwa bahawa beliau kini berada dalam keadaan tertekan. Setelah disahkan mengandung, seorang doktor di Klinik Kesihatan Senawang memberitahu anak yang bakal beliau lahirkan nanti akan diambil oleh JHEAI kerana beliau mengamalkan agama Hindu. Suaminya pula memang seorang penganut agama Hindu.
âMalah nama suami saya juga telah dipotong dalam buku âRekod Kesihatan Ibu,â jelas Siti Mariana.
Sementara itu Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran yang turut hadir di dalam sidang akhbar itu berkata kerajaan harus tangani masalah ini dengan segera kerana ramai yang mengalami nasib yang serupa seperti dialami oleh Siti Mariana.
âPersetujuan menukar agama perlu mendapat persetujuan kedua-dua ibubapa, barulah ianya pragmatik dan praktikal. Kedua, penukaran agama dalam kes ini membabitkan gadis yang berusia 16 tahun ketika itu.
âSay a sendiri ada kendalikan sekurang-kurangnya lima kes seperti ini di Ipoh,â kata Kulasegaran yang juga merupakan seorang peguam.
Turut hadir ialah tiga Adun DAP, Cha Kee Chin (Bukit Kepayang), Ng Chin Tsai (Temiang) dan J Arulkumar (Nilai).
No comments:
Post a Comment