Wednesday, July 3, 2013

Namewee Import Pelakon Bangladesh, Singapura Jayakan Filem Terbarunya

Namewee Import Pelakon Bangladesh, Singapura Jayakan Filem Terbarunya



Pelakon dan juga Pengarah paling kontroversi (sehingga mendapat gelaran pengarah paling dibenci) oleh sesetengah pihak, Namewee dikhabarkan telah memulakan penggambaran filem terbarunya berjudul Banglasia, yang akan dijalankan pengambarannya di Malaysia, Singapura dan Bangladesh.

Menerusi laman Yahoo menyebut, filem itu turut menampilkan kolaborasi pelakon dari tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Bangladesh. Barisan pelakon yang terlibat seperti Saiful Apek, Dato Da vid Arumudam, Nirab (Bangladesh) Atikah Suhaime (Singaporean actress) dan Lao Zha Bor (pelakon komedi dari Singapura).

Menurut penerbit eksekutif, Fred Chong, tajuk filem itu mungkin bunyinya berbaur kontroversi dan bersifat perkauman. Tetapi pihaknya awal-awal lagi telah terbang ke Bangladesh untuk menjalankan penyelidikan terlebih dahulu, dan pihak di sana telah memberi lampu hijau kepada produksi tersebut.

Seterusnya Suara Ketam

No comments:

Post a Comment