- Doa yang diucapkan oleh ibu kandung. Sekiranya kita mempunyai hajat maka nyatakan hasrat kita kepada ibu supaya ibu dapat menadah tangan ke langit memohon doa ke hadrat ilahi kerana salah satu doa yang mustajab adalah doa ibu.
- Doa dari orang yang soleh contohnya doa para ulamak dan imam-imam mekah contohnya.
- Doa di antara azan dan iqamah. Sekiranya kita berkesempatan solat berjemaah di masjid maka boleh lah kita berdoa di antara azan dan iqamah terutamanya pada hari jumaat.
- Doa di antara dua khutbah. Waktu yang mustajab untuk berdoa adalah di antara dua kutbah terutamanya semasa solat jumaat, tadah kedua tapak tangan dan berdoa lah di dalam hati kita dengan penuh harapan dan bersungguh-sungguh.
- Doa di dalam sujud yang terakhir.
- Doa selepas solat.
- Doa dalam bulan ramadhan. Terutama saat berbuka puasa
- Berdoa di sepertiga malam. Terutama selepas solat taubat diikuti solat hajat dan terus berdoa.
- Berdoa di tempat suci seperti di mekah, masjid-masjid terutamanya di tanah suci
- Berwuduk, mengadap kiblat, memakai pakaian yg cantik, menadah kedua telapak tangan dan muka di arah ke telapak tangan, dan duduk seperti tahiyat awal dan dimulakan dengan selawat dan diakhiri dengan selawat.
- Ketika meminum air zam zam. Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas Radhiallahu âanhu daripada Nabi Shallallahu âalaihi wasallam bersabda yang maksudnya :
âAir Zamzam itu menurut kehendak tujuan meminumnya. Jika engkau meminumnya untuk memohonkan kesembuhan dengannya nescaya Allah akan menyembuhkanmu dan jika engkau meminumnya untuk memohon perlindungan nescaya Allah akan melindungimu dan jika engkau meminumnya bagi melepaskan rasa dahagamu nescaya Allah akan melepaskannya dan jika engkau meminumnya bagi kekenyanganmu nescaya Allah akan mengenyangkanmu, ia (air Zamzam) itu adalah lekukan daripada pukulan malaikat Jibril dan minuman Nabi Ismail.â
(Hadis riwayat Ad-Daraquthni dan Al-Hakim) - Berdoa kepada Allah sewaktu berlakunya kejadian-kejadian alam yang menunjukkan kebesaran Allah contoh nya semasa gerhana matahari, gerhana bulan dan sebagainya.
- Berdoa semasa membaca al quran dan selepas membaca al quran.
- Banyakkan bersedekah kerana malaikat akan mengangkat doa kita apabila kita banyak bersedekah.
- Memperbanyakkan doa dan berulang-ulang tanpa jemu dengan penuh yakin kerana malaikat akan mengumpulkan doa-doa kita yang berulang itu sehingga banyak dan mengangkat sekali gus ke langit agar Allah memakbulkan doa kita.
Wallahualam.
Kumbang Jingga
No comments:
Post a Comment