Thursday, July 11, 2013

Bon Ondori sasar 100,000 hadirin 20 Julai

Bon Ondori sasar 100,000 hadirin 20 Julai

Heng Kiang semasa sidang media mempromosi Festival Bon Odari 2013 di sini baru-baru ini.

Kerajaan Negeri mensasar 100,000 kehadiran sempena penganjuran Festival Bon Ondori 2013 pada 20 Julai depan di Padang Kota Lama, di sini.

Exco Pembangunan Pelancongan dan Kebudayaan, Danny Law Heng Kiang berkata, perayaan itu bermula seawal jam 6.00 petang dan dijangka berakhir pada jam 11.00 malam.

Menurut beliau, Bon Ondoeri yang terdiri oleh empat tarian, iaitu Rasa Sayang, Tanko Bushi, Pokemon Ondo dan Zundoko Bushi antara persembahan pentas menarik dalam festival tersebut.

"Bon Odori merupakan perayaan tradisional dan riang Jepun yang disambut dengan persembahan tarian dan gendang meriah untuk menyambut kepulangan roh-roh nenek moyang.

"Perayaan ini adalah serupa dengan Festival Hantu Lapar," ujar beliau di Komtar di sini baru-baru ini.

Ahli Dewan Undanga Negeri (ADUN) Batu Lancang berharap hadir datang dengan pakaian bertemakan kebudayaan Jepun.

Beliau berkata, pelbagai gerai yang menyajikan makanan lazat serta pameran kebudayaan turut dibuka sempena festival tersebut.

Tambah beliau, festival tersebut turut menampilkan pakar tarian Jepun terkemuka, Toyomoko Hayakawa.

Seorang lagi pakar tarian tradisional Jepun terkenal, Gensui Kai turut akan membuat persembahan Shamisen.

"Sebahagian besar masa beliau (Toyomoko Hayakawa) menyelidik tarian rakyat tradisional jepun.

"Antara persembahan Gensui Kai yang terkenal ialah Ukai bune (lagu tema pembukaan Sungai Nagara Ukai), Takimizu (lagu tema Ekspo Aichi) dan Silence of Widerness (memori prestasi Utah Arizona)," ujar beliau.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, Sekolah Jepun Pulau Pinang turut akan membuat persembahan kebudayaan pada keraian tersebut.

Ujarnya lagi, Sekolah Menangah Sultan Abdul Halim yang akan mempersembahkan tarian Soran-Bushi dan Yosakoi.

Hubungi Komuniti Bon Odori Pulau Pinang di talian 04-6505136/2619012.

Perkembangan terbaru itu sekaligus menyerlahkan komitmen Kerajaan Negeri untuk membangunkan sektor pelancongan, selain menjadikan Pulau Pinang sebagai 'kota kebudayaan' di rantau ini.
faqar

No comments:

Post a Comment