Wednesday, July 3, 2013

Bangkok...Day 1

Bangkok...Day 1

Sawaddee ka!! (suara sebut biar lembut ya) barulah blh jadi orang Thailand.

Percutian ke Bangkok dah lama aku atur sejak dari bulan 12 lagi sbb nak dapatkan tambang murah air asia. Kalau tidak tak mampu akak kau ni nak naik kapal terbang. Kali ni kitaorang pergi seramai 7 orang. Aku anak beranak, adik aku, mak and bapak saudara En Win.

Sebelum gi Bangkok aku dah survey2 tempat yang menarik kat sana so dah prepare berapa duit yang kena bawak sbb dah tahu berapa entrance fees untuk masuk or melawat kesesuatu tempat. Nanti aku share ngan korang dan yang paling penting tempat shopping di Ban gkok sangat2 murah. So aku anak beranak mmg bawak sehelai baju jer yang lain semua borong kat sana. 2 beg kosong telah aku sediakan. Kalau baju cantik kat sana nak borong untuk stok raya baju budak2 sekali.



Kami bertolak pada 6hb Jun...hari Khamis pukul 10.40 pagi. Untuk tidak mengelirukan korang mak and bapak saudara En Win ni kitaorang panggil ayah dan mak sebab terlalu rapat. Jadi soalan2...Eh! bukan ker mak kat elly duduk puchong...Eh! tak faham kenapa mak and bapak kak el ly macam lain dari hari tu....akak akan delete ya soalan macam ni....hahahahaha




Penerbangan mengambil masa selama 2 jam. Selesai semua ambik barang2...seperti biasa pergi ke kaunter taxi untuk sewa transport ke hotel. Kat sini ada sedikit penipuan berlaku so extra careful. Makesure bila korang book hotel korang kena tahu berapa jauh perjalanan dari hotel ke Airport.

Aku ada sedikit blur waktu ni....aku cuma tahu hotel yang aku book dekat dengan tempat shopping tapi aku lupa berapa jauh perjalanan dari hotel ke Airport. Bila aku tanya diorang "How far from Airport to Novotel Hotel" selamba badak jer diorang jawab 1 hour. Tanjat maimon...hahaha

So diorang charge harga satu van RM150.00 dan aku rasa sangat berbaloi sebab perjalanan mengambil masa 1 jam. Rupanya korang tahu berapa jauh...20 minit jer ya kalau campur jem adalah 30 minit jer...mak tertipu  nyah!!



Itu dia Cowboy Malaya sudah mari!!


Van yang berharga RM150.00...bolehlah. Kang aku komplain banyak En Win bagi jelingan maut pulak. So marilah buat2 seronok di dalam van.



Aku stay dekat Novotel Ploenchit. Dekat dengan BTS (train macam LRT tu). Tapi kalau korang nak lebih selesa dan senang bershopping korang boleh duduk dekat Novotel Platinium. Dari Novotel Ploenchit ketempat shopping sangat2 dekat kalau korang naik BTS. Makesura bila korang book hotel Novotel tengok nama tempat ya sebab kat Bangkok ada banyak hotel novotel.



Check in time...seperti biasa segala urusan penerbangan, penginapan, tour akan diuruskan oleh akak...sebab suami tidak mahu bertanggungjawab jika ada sebarang kesulitan. En Somi hanya tahu membayar segala kekecohan tidak akan dilayan. Biar bini yang uruskan. Tapi bini suka jer buat asal kan dapat berjalan...muahahaha.



Kitaorang duduk kat tingkat atas sekali. Executive floor...sekali sekali bercuti biar selesa sikit...ya dak!! Malam2 permandangan kat atas ni mmg cantik giler...boleh nampak seluruh bandar Bangkok. Pandai aku pilih hotel...dapatlah cover kesalahan pagi tadi.



Yang hujung sebelah kiri tu adik perempuan aku. Tujuan bawak dia berjalan sekali supaya senang dia jaga anak2 aku memalam...hahaha. Aku ngan En Win boleh merendek sampai ke pagi. Bijak tak?

Bangkok sangat berbeza dengan Phuket. Aku rasa kalau nak bawa family lebih sesuai Bangkok berbanding Phuket. Phuket more untuk orang dewasa dan budak2 remaja macam aku ni. Tapi kalau korang sukakan scuba Phuket the best place.



Bilik di Novotel Ploenchit . 

Selalunya aku akan book hotel melalui online booking.com. Ini cara aku lah ya..kalau korang rasa sesuai boleh lah ikut. Korang kena target tempat mana korang nak melawat tahun depan...contoh korang nak pergi cuti sekolah bulan 6 tahun depan so korang dah kena survey flight tahun ni. Usha tambang2 murah...prepare duit flight awal2...ajak bini or laki kongsi sekali. Waktu aku pergi ni aku dapat harga tambang RM350.00 seorang return ya...sangat2 berbaloi. Selesai urusan bayaran tambang..aku kumpul duit utk accommodation...dalam 3 bulan dah cukup baru aku book hotel. Settled hotel kumpul duit lagi untuk bawa ke Bangkok. Macam tu lah cara aku ngan En Win kalau nak pergi kesesuatu tempat dan InsyaAllah bulan 11 kami akan melancong lagi...muahaha.



Hari pertama kitaorang cuma melawat tapak jer...dan mencari baju untuk dipakai keesokan harinya. Bangkok mmg terkenal dengan jem ya...so kalau korang nak cepat sampat naik lah Tutut.



Awas!! sebelum korang hendak naik tutut makesure dia pergi terus tempat yang korang hendak pergi. Kalau dia kata nak singgah satu tempat kain baik korang turun...sbb bila korang sampai kedai kain tu korang akan dipaksa membeli.

Ini lah berlaku kepada kami bila hari pertama...bila dengar jer nak singgah kedai kain terus jadi teruja...hambek kau nak keluar dari kedai tu punyalah susah. Nasib baik En Win bertegas tak nak beli.



Happy nyer Adik!!


Disebabkan hari pertama...tak ada pengalaman lagi so kitaorang mintak Tutut tu bawak ke restaurant makanan halal sekali lagi diorang kenakan kami...hambek kau makan macam ni je dekat RM450 kitaorang kena bayar. So berhati2 ya dengan Tutut kat sana. Baik naik teksi or BTS je ya.



Tapi sedap giler tomyam kat sana...masuk jer mulut boleh terasa kenikmatannya...yummy!!



< /div>
Shopping Time! Makesure korang gi Platinium Mall bila sampai ke Bangkok nanti. Harga baju murah2 dan berkualiti.


Baju untuk pakai Birthday katanya


kalau laki jadi cowboy bini pulak nak jadi askar!!


Permandangan diluar Platinium Mall. Cover handphone 3D...RM10.00 jer



Aksesori rantai cuma RM2.00 jer. Macam nak borong semua jer rasa.



Beli lah Nak....mama tak marah...hahaha murah wei!!



Aku dah jadi tak tentu arah masa ni...semua benda aku nak beli. Murah sesangat ok...sila bawak duit shopping lebih sikit ya bila korang nak datang kesini.



Korang nampak tak b eg make up tu sebijik macam jual kat KLCC sama ok!! tak silap aku kat KLCC jual RM69.90 kat sini RM8.00 jer ya. Sila telan air liur.



Anak2 beli handbeg Chanel ok!! cuma RM30.00...leather ya!!



Letih berjalan seharian tinggalkan anak2 kat hotel bersana Ucu mereka. Bapak2 dan Ibu2 meneruskan perjalanan untuk menikmati keindahan Bangkok di waktu malam



Lepak kopi2 sambil dengan Live Band sampai kul 2 pagi.

Esok sambung lagi part 2 ya..


Elly In Wonderland

No comments:

Post a Comment