Monday, July 8, 2013

Umno tak terkata apa apabila Guan Eng dedah Menterinya tak lindungi Kg.Warisan Melayu P.Pinang

Umno tak terkata apa apabila Guan Eng dedah Menterinya tak lindungi Kg.Warisan Melayu P.Pinang



Lindungi Kampung Warisan P.Pinang bawah Pusat :KM

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Kerajaan Negeri telah mengutus beberapa surat penyataan hasrat kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan demi melindungi Kampung  Batu Uban dan Kampung Tanjong Tokong sebagai  â€˜Kampung Warisan’, namun, tiada tindakan langsung daripada Kerajaan Pusat.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata demikian pada sesi  penggulungan sebagai menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Sr. Muhammad Farid Saad, sebelum ini.

“Kuasa mewartakan mana-mana kampung sebagai Kampung Warisan terletak di bawah kuasa Kerajaan Pusat menerusi Akta Warisan Kebangsaan, 2005,” ujar Guan Eng di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih itu berkata, surat bertarikh pada 10 Mei 2012, 12 Julai 2012 dan 24 Ogos 2012 menyatakan hasrat melindungi Kampung Batu Uban atau mana-mana bahagian berwajib telah diutus kepada Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim semasa masih menjadi Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Demi melindungi Kampung Tanjung Tokong pula, beliau berkata, dua surat bertarikh 9 Mac 2010 dan 16 Mac 2012 turut diutus kepada Rais.

“Sehingga sekarang, tidak ada sebarang tindakan diambil (oleh Kerajaan Pusat),” tegas Guan Eng sambil meminta partisipasi daripada pembangkang Pulau Pinang.

ADUN Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin dalam reaksi spontan meminta Guan Eng membekalkan surat-surat penyataan hasrat berwajib itu untuk dipanjangkan kepada Kerajaan Pusat. -END
faqar

No comments:

Post a Comment