PKR, dalam satu sidang media perang tadi mengemukakan bukti bergambar mengenai amalan politik wang semasa PRU13 pada 5 Mei lepas.
Datuk Abdul Halim yang tewas di DUN Teluk Bahang berkata, beliau selaku salah seorang pengadu tidak pernah dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan siasatan.
Justeru, beliau melahirkan rasa kesal dengan kenyataan Pengarah SPRM Pulau Penang, Datuk M.Samarajoo baru-baru ini yang menyebut kesemua kes penyelewengan pilihan raya berwajib ditutup atas dalih tiada bukti.
"Kalau ini bukan politik wang, apa lagi yang patut dipanggil kerana ada orang membayar, ada pengundi menerima dan ada saksi sanggup beri ketenangan jika SPRM buka semula fail siasatan," ujar Abdul Halim di Komtar, George Town.
Abdul Halim berkata, pihaknya membekalkan bukti berupa gambar serta klip video semasa membuat aduan kepada SPRM sebelum ini.
"Kita juga akan tuntut penjelasan Peguam Negara (Tan Sri Abdul Ghani Patail. Kita minta buka semula fail siasatan kerana bukti-bukti yang sedia ada cukup untuk proses siasatan," ujar beliau.
Bekas calon Ahli Parlimen Balik Pulau, Mohd. Bakhtiar Wan Chik dan Mohd. Tuah Ismail (bekas calon ADUN Pulau Betong) turut hadir pada sidang media itu.
Rosidi Hussein, calon Pas bagi DUN Penaga turut hadir.
Hadir bersama, dua peguam yang mewakili pengadu, Datuk Praba dan Raveentharan.
Semalam, Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin turut memprotes kenyataan Samarajoo.
No comments:
Post a Comment