ANG Aing Thye (dua dari kanan) menunjukkan beberapa dokumen berwajib di depan wartawan sambil diperhati oleh Chow Kon Yeow (paling kanan) dan A. Rajendran (tiga dari kanan), semalam. |
LAPORAN awal polis menyebut langsung tiada kereta tertimbus di bawah konkrit rod penebat kilat yang runtuh dari bumbung bangunan Menara Umno Pulau Pinang seakan menimbulkan pelbagai reaksi ekoran penemuan dua bukti baru, semalam.
Dua bukti itu adalah rakaman dari sistem televisyen litar tertutup (CCTV) di Jalan Zainal Abidin bersebelahan bangunan berenaan dan di persimpangan Jalan Ansor - Jalan Penang, George Town.
Kedua-dua CCTV itu dikendali oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan boleh diakses dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Jalan Penang di sini.
Difahamkan, seorang kontraktor penyelenggara selepas berlakunya tragedi itu pernah meminta seorang juruteknik MPPP untuk melihat semula kedua-dua rakaman CCTV itu.
Permintaan itu dibenarkan selepas menyedari wujud perbezaan masa pada kedua-dua CCTV tersebut.
Kedua-dua bukti itu cuba dibawa semula kepada polis, namun, pihak berkuasa berkenaan kekal dengan kenyataan awalnya.
Atas perasaan tidak berpuas hati, bukti tersebut diketengah pula kepada Bomba Cawangan Lebuh Patai, namun, gagal mendapatkan komen lanjut.
Ekoran itu, kontraktor dan juruteknik berkenaan dilaporkan mengambil sikap berdiam diri serta tidak memaklumkan pada pihak pengurusan MPPP sendiri.
ANG Aing Thye |
Sebaliknya, beliau berkata, kedua-dua CCTV terbabit hanya merakamkan senario sebelum berlakuknya tragedi itu, iaitu situasi angin kencang serta kesesakan lalu lintas sahaja.
âPada 14 Jun (Jumaat) sehari selepas kejadian juruteknik MPPP telah memeriksa rakaman CCTV dan mendapati hanya kesesakan dan keadaan angin kencang dirakamkan di Lorong Baru iaitu pada 6.45 petang (hari kejadian).
âBagi rakaman di Jalan Zainal Abidin, juruteknik mendapati terdapat angin kencang dan percikan api sebelum rakaman tersebut terputus pada 6.34 petang," ujar beliau di Komtar, George Town, semalam.
Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas & Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow dan Ir. A. Rajendran (Timbalan Pengarah Kejurutraan MPPP) turut hadir pada sidang media itu.
Mengulas mengenai perbezaan masa pada kedua-dua rakaman tersebut, Aing Thye berkata, salah satu CCTV tersebut gagal berfungsi disebabkan litar wayar fiber milik Tenaga National Berhad (TNB) terputus.
Pun begitu, beliau berkata, MPPP akan mengemukakan kesemua bukti terbaru serta siasatan awal berwajib kepada Suruhanjaya Siasatan Negeri yang ditubuh oleh pentadbiran Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng, 15 Jun lepas.
âKita (MPPP) akan memberi kerjasama yang penuh untuk membantu Suruhanjaya berkenaan menjalankan siasatan.
âDan saya juga merasakan pihak polis dan Bomba harus turut memberi kerjasama bagi membolehkan siasatan dijalankan sepenuhnya,â ujar beliau.
Sebelum itu, Guan Eng dilaporkan menuntut empunya bangunan, JKP Sdn Bhd menghantar laporan siasatan berwajib.
13 Jun lepas, seorang penjual nasi lemak, Lim Chin Aik, 44, dilaporkan mati tertimbus di bawah runtuhan tersebut bersama-sama kereta jenis Honda City.
Turut dilaporkan terkorban dalam insiden sama adalah pemandu lori, Jahir Hussain Sulaiman, 46, semasa dikejar ke Hospital Besar Pulau Pinang. -END faqar
No comments:
Post a Comment