Nak Cerita Pun Malas
Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, âPatik adalah yang paling malas.â
Raja pun bertanya, âApa tahap malas tuan hamba?â
Lalu jawab lelaki tersebut, âKalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.â
Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, âPatik lebih malas lagi daripada dia tuanku.â
Tuanku pun bertanya kepadanya, âSampai mana pulak tahap malas tuan hamba?â
Maka jawabnya, âKalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.â
Maka raja pun terdiam seketika.
Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata, âPatik adalah yang paling malas tuanku.â
Raja pun bertanya, âBagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?â Budak itu pun menjawab, âNak cite pun malas.
---- sumbangan: Mat Ceritalucu
No comments:
Post a Comment