Saturday, July 6, 2013

Anak nak membesar perangai pun dah berubah...

Anak nak membesar perangai pun dah berubah...

Memang aku tak nafikan waktu remaja aku sangat nakal...terlalu nakal...ikut kepala aku jer buat keputusan. Tetapi sejahat2 aku...aku tak pernah tidur rumah kawan. Balik lambat macam mana pun mesti balik rumah....tapi tadah jer badan ni di rotan...itu pun tak serik jugak. Waktu tu kawan lebih penting dari keluarga. Hidup ingat nak happy jer. Aku giler berfesyen...aku suka pergi ke disco or Tea dance...sejak dulu aku suka muzik dan menari. Tapi jahat aku tak ada lah sampai ikut jantan balik rumah, minum dan ambik benda terlaranng. Aku suka lepak dengan kengkawan pergi disco lepas tu balik. Nakal aku ni bermula waktu aku form 3 sampailah form 5. Bila masuk college aku baik sekejap...sebab tiba2 aku ada kesedaran kena belajar rajin2...sebab bapak aku bukan orang senang so kena kerja lebih masa sebab nak tampung pelajaran aku dan alhamdullila h keputusan aku cemerlang...ini tak tifu ya. Pandai jugak aku ni ya!! hahaha!!

Bila masuk alam pekerjaan aku kembali nakal sbb dah ada duit kat tangan tak payah mintak abah ngan mak lagi. Boleh dikatakan tiap2 malam aku berhibur...guna credit card sampai bill tertunggak. Kesian mak aku...kalau aku balik lambat jer sampai tertidur2 kat sofa tunggu aku balik...nak tolong bukak pintu takut bapak aku pukul aku lagi. Tapi aku tak pernah serik...sebab waktu tu apa yang aku rasakan aku tak pernah bersalah aku cuma suka kan hiburan...dah aku tak mintak duit dari family...tapi aku lupa kerisauan yang mak aku tanggung. Huahuaaaaa bila fikir balik rasa bersalah sesangat. Hujung minggu bangun pukul 1 tengahari  jer...lepas tu makan...lepak2 sekejap kat umah....pukul 5 keluar balik sampai kul 1 or 2 pagi. Kalau ingatkan balik...rasa be rsalah sangat kat mak sebab selalu buat dia risau...ampun ya mak!!

Bila aku decide nak kawin waktu umur 25 tahun...aku boleh nampak kegembiraan kat muka mak dan abah aku...lama betul dia berdoa tanda syukur. Sekarang bila aku dah berumah tangga dan mempunyai 2 orang anak barulah aku rasa betapa susahnya membesarkan anak2 ni ya...sekali lagi aku rasa sangat berdosa dengan mak ngan abah sebab susahkan hati diorang dulu.

Itu sebab orang dulu2 selalu cakap "kau tunggu ada anak esok baru tahu susah senang nak menjaga anak ni". Memang susah wei!! Bila aku ada pengalaman dan kesilapan diwaktu remaja aku selalu berdoa anak2 aku tak akan jadi nakal seperti aku...TETAPI tuhan tu maha adil... aku dapat anak perempuan..IA  beri aku dugaan bagaimana susah nya menjaga anak perempuan.

Aku tak cakap Yaya dah mula nakal...tapi nak control Yaya agak sukar sekarang ni!! Suka teperap didalam bilik...kurang bercakap more tu IT....lebih suka mendengar lagu dalam bilik dari keluar tengok TV dengan kami. Dah mula melawan cakap aku...aku suruh tak pernah nak buat terus mesti ada 5 minute or jap lagi....hahahah sebijik perangai aku. Kalau marah ada jer jawapan dia...rasa macam nak cili2 kan mulut dia.



Suka berfesyen macam aku dulu2 gak...rambut kejap ikat, kejap tarik tinggi...kejap lepaskan. Kalau nak keluar kitaorang yang kena tunggu dia pulak. Bila aku tengok perubahan Yaya semakin ketara so aku ngan En Win berbincang dan ambik pendekatan berbeza. Yaya lebih rapat dengan En Win so En Win akan kearah lebih lembut supaya dia senang luahkan perasan dan aku kearah lebih tegas...tak dengar jer, salah jer laju2 zasss kat kaki. No more bagi muka lagi...biar dia marah aku...insyaAllah dah besar nanti dia akan faham.



Minggu ni aku tutup account facebook Yaya dan adik...no more ipad...aku cuma bagi dia baca novel jer cuti sekolah ni...24 jam tangan tu pegang ipad sampai kurang makan. Your result good baru mama pertimbangankan balik. Sekarang muka Yaya bonyok je kat rumah. Dia boring pandai pulak baca buku tengok tv kalau tak teperap jer kat bilik.



Tiap2 hari tanya bila denda dia akan selesai...selagi mama tak tgk good result jangan harap ya. Banyak peraturan aku dah buat dan Yaya mesti  ikut...En Win aku terangkan secara lembut sehingga dia faham. Sekarang bila petang jer dia dengan En Win akan jalankan aktiviti kat luar...gi playground ker or jogging. Makan ma lam mesti bersama2...no more makan laju2 sebab nak tengok you tube!!

Banyak aktiviti dan kelas aku dah aturkan untuk Yaya agar masa tak terbuang...kelas yang aku pilih semua kena dengan jiwa Yaya. Dance kelas and art kelas. Biar dia leka dan busy dengan kelas ni semua...tak ada sibuk nak main computer jer. Ia sekali sekali mama benarkan!! aku tak adalah kejam sangat.



Mama dan papa sangat sayang anak2 mama. Mama and papa kalau boleh nak jadi ibu bapa terbaik untuk korang berdua. Jadi apa yang mama dan papa la kukan sekarang demi masa depan korang berdoa. Jadi jangan memberontak ya....berani lawan...siap korang!!


Elly In Wonderland

No comments:

Post a Comment