Walaupun ia akan bertukar menjadi taman negara, masyarakat pribumi b oleh tetap tinggal di kawasan Bakun dengan syarat mereka menukar gaya hidup, kata anggota Parlimen Santubong, Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

"Boleh boleh tinggal di taman negara tetapi tidak boleh lagi mengamalkan pertanian pindah," kata Wan Junaidi kepada Malaysiakini di lobi Parlimen semalam.

Ditanya bagaimana mereka akan mengekalkan kehidupan, Wan Junaidi yang juga timbalan menteri dalam negeri berkata, penduduk pribumi perlu belajar menetap dan melibatkan diri dengan kawasan pertanian kekal.

"Mereka masih boleh hidup kerana mereka bergantung hidup dengan berkumpul dan memburu, dan terdapat haiwan. Tetapi mereka tidak boleh tebang pokok.

"Mereka boleh minda daripada kerajaan kawasan tertentu untuk pertanian dan mereka harus menetap di situ," kata Wan Junaidi, yang juga anggota majlis tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB).

Dalam notis yang m ewartakan Bakun sebagai taman negara yang dimuatkan di akhbar Sarawak Borneo PosSelasa lalu, Ketua Menteri Tan Sri Taib Mahmud menyenaraikan 18 pulau sekitar empangan Bakun yang akan dimasukkan dalam cadangan itu.