Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) hari ini mengutuk tindakan peserta perhimpunan bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang berkhemah di kawasan Padang Merbok ketika negara di selubungi jerebu dan menyifatkannya sebagai perbuatan tidak munasabah serta sia-sia.
Ketua Aktivis Persatu an Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata pihak berkuasa sepatutnya bertindak lebih tegas terhadap kumpulan berkenaan kerana kelonggaran undang-undang yang diberikan kepada kumpulan itu hanya akan melahirkan persepsi bahawa undang-undang negara adalah lemah.
âPendapat ini juga disuarakan NGO lain yang bersama PPIMâ¦ini adalah perbuatan yang paling bodoh, terutama kalau kita tengok keadaan cuaca sekarang, dengan jerebu lagi.
âKita akan menghantar memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tu n Razak mengenai perkara ini, kerana kita takut rakyat pada masa hadapan akan terus tidak endah kepada undang-undang,â katanya ketika dihubungi Bernama.
Semalam, sepuluh NGO dengan 240 anggota mendirikan 60 khemah dan bermalam di Padang Merbok, selepas perhimpunan Black 505 untuk menyatakan bantahan mereka terhadap cara Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengendalikan PRU13.
Setakat pukul 4.30 petang, sebahagian kumpulan yang berkhemah di kawasan itu bersurai setelah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan notis du a jam supaya mengosongkan kawasan tersebut, manakala selebihnya masih berdegil dan tidak berganjak.
Pengerusi Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan Mohd Hafiz Ariffin berkata tindakan protes dengan berkhemah tidak patut diadakan kerana Malaysia yang menuju ke arah Wawasan 2020 sepatutnya mempunyai rakyat yang lebih bertindak matang dan berganding bahu sekiranya berhadapan masalah.
Mohd Hafiz turut mengajak generasi muda bertindak lebih rasional dan praktikal demi masa hadapan negara dan tidak menjadi âanti-establishment â dengan melakukan pelbagai protes di jalan raya dan bertindak agresif.
âGenerasi muda sepatutnya mempunyai intelektual segar dan metodologi perundingan dan diplomasi (supaya) kita akan lebih diterima, tetapi sekiranya generasi muda menghindari cara ini, harapan kita untuk mempunyai pemimpin masa depan (bagi) memandu negara akan menjadi gelap,â katanya.
Turut mengutuk tindakan itu ialah Presiden Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia Amir Ansaa yang berpendapat ada lebih banyak perkara yang lebih penting perlu diberi k eutamaan oleh kumpulan berkenaan.
Amir berkata kerajaan yang wujud selepas PRU13 dipilih mengikut undang-undang negara, dan sehingga sekarang, tidak ada masalah kronik timbul seperti kebuluran, jika sekiranya didakwa kerajaan sekarang adalah kerajaan tidak berkemampuan.
âDemonstrasi seperti ini hanya mencemarkan nama negara,â katanya.
Sementara itu, bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ruslan Kasim menggesa kumpulan yang rata-rata terdiri daripada golongan muda itu supaya tidak secara melulu terpengaruh dengan hasutan pihak pembangkang.
âNGO itu sebenarnya hanya diperkudakan pihak Pakatan Rakyat dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kepentingan politik mereka sendiri.
âPembangkang sudah pun setuju untuk mengangkat sumpah di Dewan Rakyat, ini bermakna mereka terima dan iktiraf keputusan PRU13, jadi apa perlu diadakan perhimpunan, apatah lagi melakukan kerja sia-sia berkhemah di Padang Merbok,âkatanya.
Sementara itu, Pensyarah di Kuliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Dr Maszlee Malik berkata titik noktah perlu dijelaskan pemimpin pembangkang khususnya Anwar berhubung hala tuju politik selain daripada perhimpunan atau demonstrasi jalanan yang sering diadakan kebelakangan ini.
âKita akui hak rakyat untuk berhimpun menyatakan hasrat dan sebagainy a selagi aman tetapi perlu dijelaskan selama mana nak dibawa? Kita tidak mahu rakyat tidak iktiraf keputusan pilihan raya umum ke-13 dan menyatakan kerajaan yang dipilih tidak sah tetapi akhirnya tidak tahu ke mana arah tuju rakyat untuk maju ke depan.
âHarapan kita terhadap kerajaan yang dipilih supaya memperkasakan masyarakat untuk turut bersama dalam tadbir urus agar suara rakyat dapat digunakan untuk membangunkan negara, dan bukannya hanya suara orang politik sahaja,â katanya.
Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainu l Abidin pula mencadangkan agar pemimpin pembangkang khususnya Anwar memberikan fokus kepada kemaslahatan (faedah) rakyat berbanding melakukan perkara bersifat retorik.
Beliau berkata tidak dinafikan hak berkumpul secara aman diiktiraf Perlembagaan Persekutuan tetapi mereka perlu turut memikirkan apa jua yang dilakukan perlulah membawa kebaikan kepada rakyat bukan sekadar bermotifkan perasaan peribadi individu atau sesuatu pihak.
âJika benar perhimpunan itu diadakan untuk rakyat, jadi perlulah fikir soal kesihatan merek a juga, mungkin boleh tangguh atau sebagainya,â katanya.
Beliau turut mempersoalkan sejauh mana perhimpunan atau demonstrasi yang diadakan kebelakangan ini memberi pulangan positif kepada rakyat.
No comments:
Post a Comment