Thursday, July 11, 2013

78 sekolah sertai kitar semula 2013

78 sekolah sertai kitar semula 2013

ANG Aing Thye (enam dari kiri) bergambar kenang-kenangan bersama sebahagian wakil sekolah yang memenangi pertandingan Kempen Kitar Semula F&N Beverages & MPPP 2013 di sini baru-baru ini.

Penganjuran Kempen Kitar Semula F&N Beverages & MPPP 2013 kali kedua di Komtar, George Town baru-baru ini lebih menerima sambutan menggalakkan berbanding tahun lepas.

Setiausaha Perbandaran Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Ir. Ang Aing Thye berkata, 78 sekolah seluruh Pulau Pinang dengan kerjasama Kementerian Pelajaran yang menyertai saingan itu diharap mampu memupuk minat dalam kalangan pelajar mengenai pri penting memulihara alam sekitar.

“Bagi saya, anak-anak di sekolah perlulah diberikan kesedaran awal tentang pentingya usaha memupuk kesedaran 3R (Reduce, Reuse, Recycle) supaya masa depan alam sekitar yang lebih baik dapat diwujudkan," ujar beliau di George Town baru-baru ini.

Beliau berkata, MPPP serius menyahut seruan kerajaan untuk menangani isu alam sekitar di negeri berkenaan.

Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Hu Yew Seah mendapat tempat pertama kategori sekolah rendah dan membawa pulang hadiah RM1,300 kerana berjaya mengumpul sisa buangan terberat, iaitu 27.174 kilogram.

Kategori sekolah menengah pula dimenangi Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan dan membawa pulang hadiah RM1,300 kerana berjaya mengumpulkan sisa buangan terberat, iaitu 30.919 kilogram.

Sekolah Menengah Pendidikan Khas sama turut meraih tempat pertama bagi kategori khas, iaitu e-buangan yang merangkumi sisa barangan elektrik.

Sekolah itu berjaya mengumpul sisa buangan seberat 2,324 kilogram dan membawa pulang hadiah berjumlah RM600.

Perkembangan terbaru itu sekaligus menyerlahkan komitmen Kerajaan Negeri dalam menjayakan kempen ‘Pulau Pinang Bersih, Hijau, Sihat dan Selamat’. faqar

No comments:

Post a Comment