Friday, July 5, 2013

Mayat dicincang, dikerat kepala dan dibakar di Genting Highlands

Mayat dicincang, dikerat kepala dan dibakar di Genting Highlands

Mayat manusia yang dicincang dan dibakar ditemui di Jalan Pintas dekat Genting Skyway, Genting Highlands petang Isnin.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintenden Mohamad Mansor Mohd Nor berkata polis bergegas ke tempat kejadian selepas penemuan itu dimaklumkan orang awam pada kira-kira 4 petang.

"Mayat mangsa yang tidak dikenal pasti itu ditemui di situ, yang merupakan jalan pintas ke Gohtong Jaya kir a-kira 1 kilometer selepas bulatan 'U' ke arah Kuala Lumpur.
"Mayat itu dipercayai dikerat kepala sehingga putus dan badannya dicincang sebelum dibakar," katanya ketika dihubungi di sini Isnin.

Beliau berkata berdasarkan keadaan mayat yang teruk terbakar, polis tidak dapat mengecam jantina mangsa.

Mayat itu dihantar ke Hospital Be ntong untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya. - BERNAMA
Rakyat Tranung (RAKTRA)

No comments:

Post a Comment