CADANGAN menguatkuasa Akta Henti Cetak Rompak Online (SOPA) di Amerika Syarikat dan sedunia tidak lama dahulu pernah ditentang habis-habisan.
Wikipedia dan beberapa open source lain pernah menggantung operasi masing-masing beberapa hari sehingga menangguh pelaksanaan akta tidak demokratik itu.
Cadangan melaksanakan Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) yang membabitkan Malaysia baru-baru ini, banyak pihak dilihat tidak mengetahui hubungan perjanjian antarabangsa itu dengan pelaksanaan SOPA yang tertangguh sebelum ini.
Ketua Pegawai Eksekutif VPNReviewz, Michael Maxstead berkata, kerahsiaan serta sikap tergesa-gesa di sebalik perundingan tersebut bertujuan untuk memastikan orang ramai dalam kegelitaan.
"Jika orang awam menyedari pencerobohan dan sekatan yang termaktub dalam perjanjian itu, kemarahan akan menjadi satu perjuangan, sekurang-kurangnya bantahan secara besar-besaran terhadap SOPA itu.
"Jika dokumen-dokumen (Perkongsian Trans-Pasifik) yang tulen tiris, setiap pihak yang bersetuju dengan terma dan syarat menjurus kepada SOPA akan melihat semula inti persefahaman yang dipersetujui itu," ujar beliau dipetik dari sesawang http://dontilton.hubpages.com
AHMAD Adil Mohamad |
Namun, dengan penyertaan Malaysia dalam perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik baru-baru ini, membolehkan mana-mana blog umpamanya untuk ditutup serta-merta tanpa waran mahkamah.
Sebagai contoh, blog seperti faqar.blogspot.com dan tukartiub.blogspot.com boleh ditutup serta-merta cukup berdasarkan neraca perasaan rejim negara yang berkepentingan.
Ini kerana, SOPA dalam dimensi baru Perkongsian Trans-Pasifik membenarkan server blogger.com yang dikuasai Google berpengkalan di Amerika Syarikat membenarkan mana-mana blog atau sesawang lain ditutup tanpa siasatan dan proses pengadilan yang demokratik lagi. faqar
No comments:
Post a Comment