Sunday, July 7, 2013

Beza antara lelaki dan perempuan..

Beza antara lelaki dan perempuan..

Lately ni aku lambat sikit up entry...kalau tak pepagi aku dah semangat type lepas tu publish terus. Minggu ni busy sikit settle kan kerja2 tertunggak sbb aku ni nak holiday...muahahaha saje jer bagi alasan nak settle kan kerja padahal nak riak kat korang aku nak gi holiday. Tempat rahsiaaaaa....poyo tak? ada aku kesah...mihmihmih. Orang gi holiday cuti sekolah aku gi holiday time sekolah nak bukak...lantak lah kan janji jalan...ponteng setakat 2 hari tak ada hal lah...cikgu faham!! hahaha

Back to the topic...niat aku nak riak pasal holiday sudah pun aku kasi tau....hahaha#jalanlibasrambut#. Meh lah kita borak2 pasal perbezaan antara lelaki dan perempuan dari segi perangai atau kehendak. Hasil kaji selidik yang telah aku jalankan selama 23 tahun mengikut umur aku sekarang.

1. Aku rasa perempuan lebih beremosi berbanding lelaki. Contoh terdekat aku lah kan emosi agak over sikit cepat tersen tuh, cepat terasa..tengok cite hindustan yang tajuk MAN tu dah 10 kali tapi nangis tetap over sampai bengkak mata belum campur sedu sampai tak leh bernafas. Lelaki ni pandai kawal emosi. Tak suka tunjuk emosi depan wanita...lebih tepat lagi macho.

2. Ego lelaki lebih tinggi berbanding wanita. Susah sikit nak mengaku kesilapan ada bukti kukuh baru nak angguk kan kepala. Cepat tercabar dalam apa jua keadaan sekali pun. Tapi En Win ego dia tak tinggi dia pemaaf aku pendendam. En Win cepat sejuk aku membara dalam hati kena curah air 8 baldi pun belum tentu sejuk...aaauuuuwww...ngada!!

3. Lelaki tak faham bahasa kiasan. Sekali lagi contoh terdekat laki aku. Kalau nak mintak barang baiklah cakap terus terang jangan lah mengada2 nak berkias mmg sampai kesudah lah barang tu tak dapat nanti. "Pa sekarang ramai orang pakai Iphone 5...best ker"? nanti selamba jer dia jawab ntah. Bila dah jawab ntah tu mmg telan airliur je lah kan. "Pa kala u ada duit lebih nanti u beli kan I Iphone 5...I nak lah". Senang kan dia tahu aku nak benda tu dan dia kena beli kalau tak jgn harap aksi manja melampau aku dapat dijalankan...hahaha

4. Merajuk lelaki lebih teruk dari perempuan....hahaha. Ini nak gelak guling2...betul tak kalau aku kata lelaki merajuk buruk. Tampar kang!!!

5. Lelaki mempunyai sifat sabar yang tinggi berbanding perempuan. Aku kalau nak beli sesuatu benda tak menyempat2 tunggu hari esok...biarlah duit habis asalkan hati puas. En Win kalau dia minat sesuatu benda walaupun duit dah cukup dia akan survey dulu...pikir sampai sebulan rasa macam berbalaoi-baloi baru beli. Memang sangat2 berbeza dengan aku.

6. Lelaki cemburu lebih dasyat dari perempuan. Ini mmg aku setuju 100%. Cuba korang baca suratkhabar ada tak perempuan bunuh lelaki or simbah asid kat lelaki pasal cemburu...paling kuat pun membebel atau merajuk itu jer perempuan dapat lakukan. Tapi lelaki punya cemburu sampai tahap membunuh...giler tu cemburu buta namanya. Nak tahu lah tu En Win kuat cemburu atau tak kan??...hahaha. Sifat cemburu kena
lah ada tapi ada batasanya...jgn lah sampai borak dengan jantan pun tak boleh...giler ke hapa!!

7. Satu lagi sifat lelaki yang selalu buat bini atau makwe stress dan cepat melenting ialah...suka melihat  wanita cantik dan untuk pengetahuan korang ini mmg sifat semulajadi lelaki. Kalau dia terpandang atau sengaja pandang perempuan lain...maafkan jelah. Jadi kalau tak nak dia pandang gadis lain jelita2 kan diri tu...nasihat ini jugak untuk diri aku jugak. Kekadang datang malas aku gi kedai makan rambut macam hantu kak limah bila En Win pandang perempuan lain aku melenting!! Salah siapa....jawabbbbb!!...haha

ok tak boleh nak fikir lagi...kaji selidik sampai disini saja ya...lagi 23 tahun aku sambung balik!!


Elly In Wonderland

No comments:

Post a Comment