Tuesday, July 2, 2013

Angin puting beliung dah mai...

Angin puting beliung dah mai...

Jadi seorang isteri ni kadang2 aku rasa tanggungjawab diorang lebih penting dari Perdana Menteri. Kalau diorang ni tak ada kat rumah tak tahu lah apa akan jadi agaknya. Hari ni aku mmg angin satu badan dengan Yaya...budak ni dah pandai menjawab.

Kalau dulu aku mmg jarang masak kat rumah...tapi selepas dengar nasihat doktor betapa pentingnya khasiat makanan dirumah, berapa pentingnya kita menjaga pemakanan anak2 supaya otak mereka lebih cergas, berapa pentingnya kita mengelakan makan diluar sbb ia boleh menyebabkan banyak penyakit .....aku dah mula sedar dan aku mengaku aku sudah berubah demi anak2. Usia semakin meningkat dan aku nak yang terbaik untuk anak2. Tapi kalau letih makan gaks kat luar tapi tak sekerap dulu.

Tetapi bila dah letih memasak, membasuh dan mengemas anak2 pulak melawan cakap, tak dengar kata rasa frust sangat. Kena pulak angin aku tak berapa baik hari ni mmg naik hantu lah jawa bnya...dah lama aku tak buat perangai jadi perempuan giler menjerit2 marah anak2....tapi hari aku memang tak boleh tahan.

Danea dah 10 tahun slowly aku ajar dia buat kerja rumah...adik aku tak berani suruh buat apa2 lagi sebab halus bebenor nanti jatuh berderai cawan aku, dari sikit kotor jadi bertambah banyak baik aku suruh dia duduk tepi. Tapi Yaya tak boleh terima hakikat yang dia sorang kena buat kerja...menangis hentak kaki, masuk bilik tutup pintu kuat2. Memang meletup lah jantung aku....dah pandai melawan kan.

Aku: Yaya....kemas meja...angkat cawan letak kat sinki

Yaya: Asyik Yaya jer....Yaya...Yaya...Yaya. Adik mama tak suruh pun

Aku suruh angkat cawan letak kat sinki dia punya menjawab sambil hentak2 kaki. Lepas tu kalau buat tak apa ni terus naik bilik tutup p intu kuat2. Memang cari pasal lah jawabnya...aku suruh turun dia buat tak tahu jer...aku boleh dengar dari atas dia kunci pintu. Tangan aku memang dah ringan waktu ni...siap budak ni aku kerjakan....aku naik atas ketuk pintu suruh dia bukak. Tau takut pelan2 dia bukak aku tarik dia suruh duduk lepas tu aku membebel2....bagi dia sedar sikit.

"Mama ni bangun pukul 6 pagi...kemas barang2 hantar Yaya gi rumah Nen, kerja seharian kat office, balik rumah kelam kabut masak nak bagi Yaya ngan adik makan, lepas tu berkemas pulak, cuci baju sekolah, tengok Yaya ngan adik buat homework tapi pernah tak mama cakap mama letih kat Yaya. Pernah tak kalau Yaya nak makan tengah malam mama tak buat. Nak baju cantik untuk raya mama dah sediakan, nak mainan mama belikan, dah gi kelas muzik...hantar lah pepagi, semua yang Yaya nak mama kalau boleh usahkan sampai dapat. Ini baru mama suruh buat kerja sikit dah mengeluh dah menjawab, hentak2 kaki...tak hormat orang tua langsung. Nak jadi apa esok besar kalau pemalas.  Malu tak kalau orang cakap anak perempuan tapi tak tahu buat kerja...sebab mama dia tak ajar. Mama dah puas cakap lepas ni Yaya nak buat apa suka hati Yaya lah".

Puas hati aku dapat membebel...dia diam jer sambil air mata meleleh2. En Win diam dan dengar jer kitaorang berdrama anak-beranak. Lepas dah puas membebel aku sambung buat kerja rumah balik. Aku nampak En Win naik atas...agaknya nasihat Yaya kot....sebab lepas tu Yaya terus datang kat aku hug and mintak maaf janji tak buat lagi. Tapi aku eksyen lah sikit buat dek jer....aku nak dia ikhlas minta maaf....bukan sebab bapak dia suruh. Ni aku tengah buat muka garang...aku tenguk dia adik beradik tengah sibuk kemas bilik....lepas tu ambik buku buat kerja sekolah. Kali ni aku nak merajuk lama sikit bagi diorang takut dan sedar. Biar dia mintak maaf sungguh2 sikit.

Macam ni lah perangai aku dulu2 sebenarnya...aku mengaku perangai Yaya sebijik macam aku....kuat menjaw ab. Kalau tak dapat menjawab aku marah2 dalam hati. Tapi mak aku dulu lagi garang tengah mulut aku menjawab2 tgk mulut dah kena tenyeh ngan cili...haha apa lagi kelam kabut lah cari air. Tuhan sekarang bayar cash jer balasan kat dunia dah dapat. Saya sedar....Mak ampun ya!! selalu sakit kan hati mak dulu...tapi sekarang dah baik kan...hahaha.

Itu jer....lega sikit dapat luahkan kat korang!!

Elly In Wonderland

No comments:

Post a Comment