Monday, July 1, 2013

[PANAS] Makin teruk, Pemuda PAS hentam Chegu Bard !!! Akhlak yg tidak baik..

[PANAS] Makin teruk, Pemuda PAS hentam Chegu Bard !!! Akhlak yg tidak baik..

"Jangan nanti sehingga kami, Pemuda PAS terpaksa menolak kehadiran Badrul di seluruh Malaysia kerana akhlak yng tidak baik yang ada pada diri beliau. Kami tidak menghalang untuk menegur tapi janganlah menghina pimpinan kami dengan bahasa yang tidak mencerminkan ketinggian akhlak kepimpinan Pakatan Rakyat."


Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Nerus, Terengganu Malaysia (DPPKN) mengecam tindakan Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin menghina pimpinan PAS dgn bahasa yang tidak menerminkan sikap kepimpinan ‘tulen’, pejuang rakyat. 

DPPKN juga menganggap penggunaan bahasa yang digunakan oleh Badrul Hisham yang juga menggunakan kalimah “title” Chegu Bard adalah tidak wajar dan tidak mencerminkan sikap sebagai seorang bekas Cikgu yang sepatutnya menggunakan bahasa yang baik dan tidak mencarut yang mana mungkin akan diikuti oleh seluruh ‘anak murid’ beliau. Justeru , DPPKN tidak akan menggunakan gelaran “mulia” kepada Badarul. Kerana ia telah mencemarkan status ‘Chegu”

DPPKN mendapati sudah 2 kali, Badarul menbuat kenyataan menghina yang mengguris perasaan kami sebagai ahli Pemuda dan ahli PAS. Kami tidak menghalang beliau menegur mana2 pimpinan kami tapi kami terguris bila pimpinan kami dihina dgn bahasa yang sangat tidak wajar di gunakan seperti di bawah (lampiran). Kami sangat berharap ianya bukan posting daripada Badarul sendiri.

Terakhir, penggunaan istilah “bangkai” yang ditujukan kepada pimpinan kami adalah sangat biadap. Hujah menyatakan pimpinan kami mengkhianati amanah Rakyat dengan menerima ke putusan PRU 13 adalah tidak bertanggungjawab dan bersikap malefide. Ada 4 persoalan di sini yang perlu dijawab sendiri oleh saudara Badrul…

Katalah takdir beliau menang di Sungai Acheh, adakah beliau tidak akan mengangkat sumpah?

1. Apakah sebenarnya perjuangan Blackout 505? Adakah menolak pengkhianatan SPR ? atau menolak keputusan pemilihan ? Kalau sekiranya menolak keputusan pemilihan, beliau sepatutnya menggunakan perkataan “Bangkai’ kepada DSAI bukannya kepada Ust Nasaruddin Tontowi, kerana DSAi adalah ketua Pembangkang yang memulakan mengangkat sumpah.

2. Kenapa Badarul tidak menggunakan bahasa yang sama atau lebih dasyat kepada DSAI yang “bergurau senda mesra” dan bercanda dgn Najib di kala pejuang SAMM berjerebu di luar Parlimen ?

3. Menerima keputusan PRU13 bukan bermakna kita menerima penipuan SPR. Atau bagaimana pandangan Badarul.?

Justeru, DPPKN menyeru kepada Badrul untuk tidak menggunakan lagi bahasa-bahasa yang kurang berakhlak kerana ia mencerminkan hakikat sebenar dirinya sendiri. Kami perlukan pimpinan yang berakhlak mulia khususnya dari segi bahasa. 

Jangan nanti sehingga kami, Pemuda PAS terpaksa menolak kehadiran Badrul di seluruh Malaysia kerana akhlak yng tidak baik yang ada pada diri beliau. Kami tidak menghalang untuk menegur tapi janganlah menghina pimpinan kami dengan bahasa yang tidak mencerminkan ketinggian akhlak kepimpinan Pakatan Rakyat.

Akhirnya, DPPKN memohon saudara Badrul menarik semula perkataan beliau daripada FB, twitter dan yang seumpama dengannya. DPPKN juga bertegas agar Badrul memohon maaf secara terbuka kepada PAS khususnya kepimpinan Pemuda dan pada masa akan datang Badrul kena pastikan setiap bahasa yang digunakan perlu melihat kepada hati dan perasaan orang lain khususnya sahabat seperjuangan.

Disediakan oleh;

MOHAMAD FAUZI ABU SAMAH
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Kuala Nerus
Terengganu
Rakyat Tranung (RAKTRA)

No comments:

Post a Comment