Ketika tarikh akhir bagi Malaysia menandatangani Perjanjian Kerjasama Trans-Pas ifik (TPPA) semakin mendekati, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed dilihat seolah-olah mengelak menjawab beberapa isu penting yang dibangkitkan.

Ini berlaku dalam forum yang dianjurkan akhbar Sinar Harian di Shah Alam petang ini di mana beliau mengelak menjawab bagaimana perjanjian dengan 11 negara termasuk Malaysia, akan memberi kesan kepada industri kecil dan sederhana atau bagaimana ia boleh mengurangkan kebimbangan pihak-pihak berkepentingan seperti kesatuan, atau perkara yang berkaitan dengan perubatan.

Ini adalah kali pertama seorang menteri penuh menghadiri forum yang dianjurkan oleh akhbar harian berkenaan.

NONETidak seperti forum lepas, tidak ada sesi soal-jawab dibenarkan. 
Bagaimanapun, satu sidang akhbar ringkas diadakan dan Mustapa memberitahu hadirin yang beliau terpaksa berada di Kuala Lumpur pada jam 5 petang.

Ahli panel bersama Mustapa di forum itu ialah Ketua Pegawai Operasi Majlis Tindakan Ekonomi Melayu, Mohd Nizam Mahshar, yang kelihatan lebih bersedia dalam isu tersebut.

Menteri itu turut menerima memorandum bantahan dari Gabungan Bertindak Menentang TPPA semasa sidang akhbar tersebut, dan beliau kemudiannya beredar tanpa mengulas mengenai perkara itu.

Dalam sidang akhbar itu, menteri itu ditanya oleh Mohd Nizam bagaimana kalau Barack Obama datang ke Malaysia pada bulan Oktober, apakah negara ini akan tunduk kepada tekanan dan menandatangani perjanjian itu.

Mustapa, bagaimanapun, tidak menjawab.

Mustapa memberitahu hadirin bahawa negara ini banyak bergantung kepada perdagangan, tetapi ia tidak akan teragak-agak dalam melambatkan menandatangani set TPPA pada akhir tahun ini. Beliau mengulangi perkara itu dalam sidang akhbar tersebut.

Katanya, Malaysia tidak akan mengorbankan Malaysia dan kepentingan rakyat. 

Tambahnya, jika terdapat isu-isu besar yang boleh menjejaskan kepentingan atau kedaulatan negara , maka Malaysia akan melambatkan untuk menandatanganinya.