Monday, July 8, 2013

Siapa Biayai Sarawak Report Dan Radio Free Sarawak Musnahkan Perpaduan Rakyat

Siapa Biayai Sarawak Report Dan Radio Free Sarawak Musnahkan Perpaduan Rakyat

Penulis Sarawak Report Clare Rewcastle Brown bergitu marah bila ditahan di lapangan terbang Sarawak. Menyebabkan pertemuannya dengan Baru Bian tergendala akibat dihalang oleh imigresen Sarawak. Samada dia boleh masuk atau tidak pelbagai pihak cuba berbuat andaian masing-masing tetapi  ada berberapa persoalan yang sengaja dilupakan?

Clare Rewcastle Brown adalah individu yang bertangungjawap terhadap kewujudan Sarawak Report dan Radio Free Sarawak. Tetapi dia bukanlah warga negara Malaysia walaupun dia dilahirkan di Sarawak sebelum perbentukan Malaysia, seorang warga Britain yang berkahwin dengan  Andrew Brown dan siapa suaminya ada klik di pautan.

Persoalannya kenapa manusia ini bergitu prihatin terhadap masalah Sarawak hingga ingin menjadi hero yang menumpaskan Phen Sri Taib Mahmud. Bukan setakat itu sahaja musuh utamanya juga Najib Razak. Apakah matlamat utamanya dan adakah ada dendam yang tersirat?

Jika kita bandingkan Wikileaks tiada beza cuma isu dimainkan Wikileaks adalah lebih menyeluruh, setiap pelusuk negara yang wujud didunia ini asalkan ada nilai untuk popular. Berbeza dengan Sarawak Report matlamatnya adalah khusus untuk menjatuh Phen Sri Taib Mahmud. Pada pandangan puak Pakatan Rakyat dia ini adalah aktivis penulis bebas, betulkah?

Penulis bebas tidak berbayar ke? Tetapi cuba kita fikirkan berapa kos tambang kapal terbang dibiayainya u ntuk turun ke Sarawak, semata-mata untuk bertemu Baru Bian? Untuk apa sebenarnya? Malah kemampuannya untuk mendapatkan info di Sarawak sungguh luar biasa tetapi siapakah yang menyalurnya?

Antara agenda yang sering dimainkan Clare Rewcastle Brown ialah cuba mengutuk penanaman sawit di Sarawak, hasil petroleum, projek hidroelektrik Sarawak, apa jua industri berat yang ingin dibena di Sarawak malah apa jualah yang bersangkutan pembangunan di Sarawak semuanya salah dimatanya mengalahkan rakyat Sarawak sendiri. Adakah dia lakukan atas prinsip aktivis atau mendapat upah dari pihak tertentu? atau ada habuan bakal menanti jika dia berjaya membuat petukaran kerajaan.

Yang paling menarik kerana hubungannya dengan ramai dari kalangan Pakatan Rakyat, cukup memberi kelebihan buat Clare Rewcastle Brown untuk mempertikaika n apa jua undang-undang yang termaktub di Negara ini. Warga Britain lebih arif dengan undang-undang Malaysia yang hidup dengan budaya pelbagai kaum?

Lebih menarik kewujudan Radio Free Sarawak khas untuk menyebarkan dakyah kotor kepada rumah-rumah panjang telah ditubuhnya pada 2010 dan berpusat di London. Bergitulah tahap bersungguh-sungguhnya mereka berjuang di Sarawak. Kalaulah kita lihat mana-mana blogger tempatan kita faham kecenderungan mereka boleh dikaitkan dengan agama, bangsa, negara mahupun ada yang  perjuangkan demi parti atau individu. Tetapi buat warga asing seperti Clare Rewcastle Brown dia berjuang untuk apa hingga ketara peranannya.

Dengan alasan  kononnya mereka ini perjuang alam sekitar seperti BMF (Bruno Manser Fund) kenapa perjuangan mereka hanya terhad di Sarawak kenapa tid ak ceritakan pembalakan yang melampau-lampau di Kelantan dan Kedah. Kenapa pula seorang mengaku aktivis alam sekitar boleh cenderung kepada isu politik secara melampau hingga boleh membuat liputan kehadiran Najib ke Britain?

Sarawak Report juga cenderung menghasut rakyat Malaysia, yang kononnya PRU13 berlaku dengan adengan rasuah yang kritikal. Itulah gaya penulis pejuang Alam Sekitar? Jika kita renungi cara penulisan  Sarawak Report lebih kepada politik untuk menjatuhkan kerajaan yang sah. 

Jangan kita sebagai rakyat Malaysia lupa bagaimana negara-negara islam lain jatuh hingga berlaku peperangan saudara. Semuanya bermula dengan kaedah yang sama dengan peranan Sarawak Report di Sarawak, iaitu dimulai dengan menghasut, menghasut dan menjadi dalang dalam aktiviti menentang kerajaan. Contohnya pada 2 009 Sarawak Report terlibat secara langsung dengan aktiviti bloked melibat kaum pribumi Sarawak untuk menentang kerajaan. Sebab itu mereka memainkan peranan memecahkan perpaduan pribumi dan bumiputera Sarawak.

Sebab tanpa perpecahan rakyat Malaysia terutama bumiputera, bermakna usaha mereka gagal. Sebab itu tahap mainan rasis perkauman juga terselit samada secara langsung atau tidak dalam penulisan dari aktivis Alam Sekitar, pelik bukan?

Sarawak Report boleh berbohong mengatakan kakitangan Sarawak Report dari golongan sukarelawaan  yang ikhlas tanpa mempunyai peralatan dan bantuan guaman.

Mungkin mereka ini jenis tak makan dan ada tangungan untuk ditangung sebab itu buat kerja kosonh. Malah siapa pula yang membiayai kelengkapan mengujudkan Radio Free Sarawak berpengkalan di London? Dan bagaimana pula ada golongan yang sanggup membekal radio yang boleh mendapat siar an Radio Free Sarawak di rumah panjang seluruh Sarawak? Siapa yang membiayai perjalanan ke Sarawak? Adakah semua ini datang dengan percuma?

Dari tahun 2010 hingga sekarang sudah 3 tahun buat kerja tanpa sokongan keewangan. Perhhh duit jatuh dari langit mungkin? Dan kalaulah duit korek dari tabung tak akanlah tak berharap imbal balas yang menakjubkan?


Pecah Palak Mikir

No comments:

Post a Comment