Tuesday, July 9, 2013

Pekerja zaman sekarang!!

Pekerja zaman sekarang!!

Aku kalau En Win ajak keluar minum malam2....aku dah tahu ni mesti ada masalah. En Win ni nampak jer garang tapi kalau ada masalah laju2 jer luahan perasaan kat aku. Tak semua lelaki suka luahkan perasaan atau masalah kat isteri tapi En Win orang yang sangat manja....apa2 masalah mesti cari aku. Bila dah duduk kedai mamak dia akan luahkan segalannya.



Kalau dia tak dapat marah staff dia akan call aku and marah2 aku kenapa staff dia buat perangai. So aku dah masak sangat dengan perangai En Win..... tadah jer telinga dengar dia mengadu atau marah2. Dalam perniagaan stress kadang2 ove r the limit so aku tak boleh cepat melatah kalau dia balik muka bonyok aku akan biarkan dia tidur dulu and bila bangun slowly aku akan tanya.



Lately ni staff buat banyak masalah ...sorry lah kalau aku kutuk budak2 melayu zaman sekarang. Sometimes kita bagi peluang diorang bekerja sbb kita nak bantu bangsa kita sendiri...tapi diorang tak pernah  hargai. Tak pernah ada rasa nak baiki diri. Aku dulu dapat jer kerja esok dah fikir nak bangun pukul berapa, dah tahu berapa duit kena sediakan setiap hari, dah gosok baju awal2....tapi budak sekarang terlalu manja. Kerja lebih masa sikit esok tak larat bangun, ada masalah jer tak datang kerja, susah bangun pagi, bila call tak angkat2. Laki aku pulak risau takut apa2 terja di sampaikan nak diorang datang bekerja sanggup call suruh pekerja dia bangun dan remind kerja apa kena buat. Aku pulak yang angin....mana tanggungjawab korang sebagai pekerja....ada masalah besar macam mana pun korang kena ada tanggungjawab terhadap company sebab korang terima gaji setiap bulan. Benda2 remeh macam ni buat kitaorang stress. Puas dah nasihat dengarnyer 2 hari jer lepas tu buat perangai balik. En Win dan aku mmg suka bagi peluang kat budak2 belajar dan perbaiki diri sebab dulu kitaorang nak sampai tahap macam ni susah jangan cakaplah menangis dalam hati jer tiap2 malam fikir macam mana nak bayar hutang dan settledkan bil tertunggak . Usia semakin lanjut orang luar cuma blh bagi nasihat tapi korang kena lah berusaha. Ini tak larat jer tak yah pergi kerja...nak orang jer faham situasi korang tapi korang pernah faham ker kedudukan syarikat. Pelik aku budak2 melayu sekarang baik lelaki atau perempuan semua sama perangai PEMALAS!!



Belum lagi driver lorry memanjang jer terlajak tidur, tak angkat phone, tak hantar barang customer. Sakit tak jantung korang dengar...kesian aku tengok En Win stress menjawab dengan customer. So aku rasa benda ni semua menggangu perjalanan company kami. Semalam kitaorang ambik keputusan buang semua pekerja. Rasa dah fade up nak bagi diorang peluang lagi. Diorang nak kita faham masalah diorang tapi diorang tak pernah fikir macam mana company nak bergerak maju bila korang semua buat masalah.



Pergggghhh rasa lega...selega2 nya bila semua dah tak ada. Release kepala otak aku dengan En Win. Sekarang cuma 3 orang jer bekerja kat company...kitaorang akan ambik staff baru. No more bagi2 muka kali ni...silap jer aku bagi warning. Tak ada masa nak berlembut lagi. Buat pening kepala jer...baik dengan orang tapi orang tak hargai pun. Malas dah nak berlembut...kalau rasa tak nak kerja korang boleh berhenti jangan susahkan kehidupan orang lain. Zaman sekarang pekerjaan bukan senang nak dapat...apa tah lagi kalau korang tak ada kelulusan pelajaran tinggi...jadi bila orang bagi peluang buat elok2. Bukan susah pun bangun pukul 8.00 pagi pukul 5.00 petang korang dah boleh balik. Lepas tu nak tidur ker, nak merayap ker pergilah tak ada orang nak kacau atau halang. Janji kerja semua siap. Tolong lah bangkit dari dunia angan2, dunia pemalas, dunia malas nak bangun pagi tak ada siapa yang boleh mengubahnya kecuali diri korang sendiri. Kala u rasa nak maju berubahlah wahai bangsaku..........

Elly In Wonderland

No comments:

Post a Comment