Wednesday, July 10, 2013

Info Mengenai Power Bank Yang Perlu Anda Tahu!

Info Mengenai Power Bank Yang Perlu Anda Tahu!




Seiring dengan kemajuan negara, kebanyakan rakyat Malaysia kini sudah tidak lagi boleh dikatakan ketinggalan zaman atau tidak up-to-date. Lihat sahaja di mana-mana kita pergi, hampir semua orang memiliki setidak-tidaknya satu gadget. Paling kurang, telefon pintar..hampir semua orang memiliki telefon pintar yang membolehkan mereka berinternet di mana sahaja.

Memiliki gadget kini ibarat sudah menjadi gaya hidup buat masyarakat di negara ini. Namun begitu, apabi la berbicara soal gadget ini pastinya satu isu universal yang dihadapi adalah bateri cepat habis/kong/flat. Dan untuk mengatasi masalah tersebut, terciptalah satu alat yang dinamakan ‘power bank’.

Apa itu power bank, dan apa fungsinya? Secara amnya, power bank adalah sebuah untuk mengisi semula tenaga pada gadget anda. Awalnya dikenali sebagai portable charger, kini power bank ibarat menjadi pelengkap kepada penggemar-penggemar gadget untuk terus ‘bermanja’ dengan gadget kesayangan mereka.

Terdapat pelbagai jenis power bank yang ditawarkan kepada kita sekarang ini dengan pelbagai bentuk dan harga. Posting kali ini menyenaraikan beberapa jenis power bank yang boleh didapati dalam pasaran negara kita berserta harga dan sedikit review mengenainya. Layannnn…..!!! 

Seterusnya Suara Ketam

No comments:

Post a Comment