"Kita lawan di Parlimen, di luar kita lawan (BlackOut505), kita lawan at all level, tetapi jangan kita serah pada dia (Umno BN) apa yang dah kita menang." [petikan ucapan Khalid Samad]
Justeru, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (bersongkok) dilaporkan cuba menenteram peserta yang hadir selepas proses tangkapan oleh polis dilakukan.
Khalid berkata, beliau senada dengan peserta BlackOut505, iaitu mendesak Dewan Rakyat bersetuju untuk memecat pengerusi serta jawatankuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwa menipu PRU13.
"Kita turut bersama dengan mereka yang ditahan. Kami (PAS) akan bantu dan peguam akan ke sana (Lokap Jinjang), Ini merupakan tuntutan bahawa rakyat yang sepatutnya memilih.
âSaya berterima kasih kepada aktivis yang hadir menyatakan bantahan agar pimpinan SPR letak jawatan,â ujar Khalid.
Beliau berjanji akan mendapakan barisan peguam Pakatan Rakyat untuk membela anak-anak muda yang kini di bawa ke balai polis di Jinjang dan Dang Wangi.
âKita akan minta kepada pihak polis untuk tidak mengapa-apakan mereka,â kata Khalid.
32 aktivis yang ditahan dalam himpunan depan bangunan Parlimen hari ini dibawa ke Lokap Berpusat Jinjang selepas diambil keterangan di IPD Dang Wangi.
Tindakan Khalid itu sekaligus mereputasi imej PAS di mata aktivis rakyat.
Khalid Samad ni liberal, kata Ayam kepada Beruk |
No comments:
Post a Comment