Saturday, June 29, 2013

11th Annivesary Bloosoming Sunset Cruise Dinner

11th Annivesary Bloosoming Sunset Cruise Dinner

Sebelum aku cite lebih lanjut ada sedikit amaran ya....Jgn muntah darah bila tgk gambar kami....jgn rasa nak bunuh diri bila tgk keek kami...hahaha. Aku mmg over ok kalau celebrate tarikh2 penting. Aku memang sangat2 hargai tarikh2 penting dan aku akan make sure benda ni akan jadi ingatan buat kami berdua untuk selama-lamanya. That way kalau birthday anak2 biar tak jemput ramai orang tapi ingatan dan cara sambutan biar mereka kenang sampai tua nanti. 

Seingat aku benda yang paling romantik En Win pernah buat waktu birthday aku... dia pernah hantar bunga sebanyak 7 kali...kedai bunga yang berlainan. Macam aaaauuuwww rasa sangat dihargai dan disayangi. Suprise yang kedua yang aku rasa masih sega r dalam ingatan aku waktu sambut our annivesary yang ke 3...En Win bawak aku dinner kat Italian Restaurant di Sheraton Imperial...tempat superb cantik dan romantik...selesai makan waktu tunggu dessert...tengok2 waiter bawak cake dan ada sebuah kotak kecil berisi rantai kat atas pinggan dessert tu.  Actually tak semestinya kena beri barang2 yang mahal yang penting bagi aku ingat tarikh penting kami dan buat antara satu sama lain rasa dihargai. Kita tak akan buat benda ni tiap2 hari atau pun sebulan sekali. Apa salahnya bila tarikh penting macam ni kita cuba buat kelainan untuk menghargai antara satu sama lain.

Alhamdullilah dah 11 tahun usia perkawinan kami. Selalunya setiap tahun En Win akan arrange sesuatu untuk celebrate annivesary kami. Tapi tahun ni aku rasa nak buat kelainan sikit...nak bagi sikit kejutan untuk En Win.

Aku: Pa tahun ni u tak payah fikir mana nak bawak I....biar tahun ni I yang arrange.

So 3 minggu sebelum tarikh annivesary aku dah start survey tempat menarik dan romantik. Mula ingat nak gi Hamman continue with  body massage...lepas tu baru gi romantik dinner follow by stay one nite kat mana2 hotel. Tapi macam benda tu dah biasa kami buat.

Cadangan kedua ingat nak naik cruise kat penang selama 3 hari 2 malam lepas tu nak arrange suprise dinner untuk En Win. Tapi bila ingat kan anak2 kesian pulak nak tinggalkan lama2...la gi pun kitaorang baru balik Bangkok.
 
Fikir punya fikir aku sudah jumpa satu website ni (nanti aku share ngan korang ya)...Romantik dinner kat atas boat hanya kami berdua sahaja selama 1 1/2 jam. Korang boleh naik boat ni kat jetty Palace of Golden Horses atau dekat The Mines. Pakej yang di sediakan sangat2 menarik dan aku rasa ini satu kelainan. So terus book....pilih menu....arrange apa yang patut. Aku kasi tahu En Win nak naik cruise tapi dia ingat cruise yang makan beramai2.



Waktu ni tengah tunggu boat...En Win tak  dapat nak agak lagi macam mana bentuk boat tu. 

Sebelum aku pergi dinner siang tu aku sempat gi Majlis Aqiqah anak Filla. Aku punya lah jaga rahsia ni kat anak2 takut diorang nak ikut tapi kan

Filla: Ok bye....Yaya ngan Adik nanti cite kat aunty tau.. best tak naik cruise.

Mata anak aku dah bulat2 pandang aku...muka aku dah cuak pandang Filla

Filla: Eh! korang tak ikut yer...tak2 mama nak pergi tempat lain

Pandai kau cover kan...tak pasal2 aku kena bagi upah kat diorang!! Haiyaaaaa



Inilah boatnya ya...so boat ni akan bawa korang berlayar...eh! berlayar ker lantak lah janji jalan kan....di sekitar tasik. Sambil tu dia kan pasang lagu2 romantik. Aku ajak En Win slow dance...ngada malu kat waiter pulak. Kau ingat aku berani ker Bang oooiii...aku eksyen jer...aku tak ada lah sepoyo macam tu menari bagai..hahaha

Ini pun aku rasa poyo sekejap...makan bertentang mata. Lepas tu ada lagu2 romantik...makanan ada orang hidang....asal air habis jer dia tambah...aaauuww rasa macam orang kaya sekejap. Tapi kan aku boleh nampak muka En Win suprise giler...macam tak terkata...Ok mission aku berjaya!! I like...



Tu dia... welcome abord


Thank you Ma....I suka sangat...suprise sangat

See the leg lah siapa yang arrange....elly in wonderland ok!! hahaha. Tak tidur malam ok...risau takut u muntah atas boat...En Win ni mabok laut sikit...tapi fikir balik laut dengan tasik mana sama kan...hahaha< /div>



Untuk bangsa asing.... wine disediakan...aku minum orange juice je lah...kalau minum benda yang memabukkan habis En Win aku rogol pulak atas boat nanti....mihmihmih 



Diorang dah siapkan Teddy Bear ngan Flower untuk kami bawak balik



Kami hanya berempat sahaja diatas kapal...sekejap2 kang dia tanya...Encik nak tangkap gambar. Aku hari tu mmg malas nak bawak camera. Aku tahu kalau aku bawak camera En Win mmg aku tak layan sbb aku sibuk nak tangkap gambar...nanti dinner jadi tak seronok. So haritu guna camera phone je lah< /div>



Memang sangat2 romantik diiringi lagu2 yang super romantik....korang yang tak romantik  pun boleh jadi romantik. Percayalah....



Our set dinner malam tu 



Me 


My Hubby...eh! lupa nak letak gambar soup kat atas


Waktu ni tgk matahari terbenam. Korang akan start naik from jetty pukul 7.00 malam dan selesai pada pukul 8.30 malam. Memang masa yang disediakan ngam2...macam cantik jer diorang atur.



Waktu ni matahari nak terbenam....



Selasai tu dapat coklat 


Card and Gambar kami diatas boat.
 

 
 
Banyak2 hotel aku rasa yang apaling unik sekali ialah Palace of Golden Horses...cantik sangat decoration yang diorang buat...tapi Nampak macam menakutkan pun ada jugak...hahaha
 

 
Gift for anniversary...kasut tanglung sehati sejiwa....
 
Ok kalau korang pun nak buat surprise or nak merasa makan atas boat please visit Dining Cruise kat situ macam2 package ada.
 
Jom tgk keek!! hahaha...matilah perasan romamtik



Jun 22, 2013 | Blossoming sunset cruise...dinner annivesarry! by ellyirfan on Keek.com



Jun 22, 2013 | Part 2 - dinner! by ellyirfan on Keek.com
Elly In Wonderland

No comments:

Post a Comment