Sunday, June 30, 2013

IPU Terus Catat Penurunan Termasuk Di Kawasan Terjejas Teruk

IPU Terus Catat Penurunan Termasuk Di Kawasan Terjejas Teruk



Indeks Pencemaran Udara (IPU) setakat 11 pagi ini terus menunjukkan penurunan walaupun kualiti udara di tiga kawasan masih berada pada paras tidak sihat.

Laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) memaklumkan bahawa tiga kawasan tersebut iaitu Banting, Selangor kini merekodkan bacaan IPU 105 berbanding 108 jam 9 pagi tadi, Nilai, Negeri Sembilan mencatatkan 139 berbanding 145 manakala Bukit Rambai, Melaka pada 105 berbanding 109.

Seterusnya Suara Ketam

7 Sebab Kesalahan Besar Ustaz Kazim Dihalang Ceramah Penang

7 Sebab Kesalahan Besar Ustaz Kazim Dihalang Ceramah Penang

Rakyat Malaysia terutama beragama Islam Adalah dinasihatkan jangan Fitnah Kemuliaan Kerajaan Pulau Pinang kerana menghalang ceramah Ustaz Kazim di Pulau Pinang. Ustaz Kasim dihalang kerana dirinya tidak peka dan gagal memenuhi syarat sah penceramah terutama kepada DAP yang amat peka keatas kehendak umat islam terutama di Pulau Pinang. Buktinya PAS amat iktiraf kepekaan DAP terhadap umat islam.

Ustaz Kazim harus peka dan berani berubah dengan 7 perkara ini.


  1. Ustaz Kazim gagal menyediakan tabung derma khas untuk perjuangan Pakatan Rakyat
  2. Ustaz Kasim terlampau lembut dan tidak berani maki-hamun pemimpin Barisan Nasional
  3. Ustaz Kazim tidak mampu membawa ceramah berunsur politik yang boleh menaikan Pakatan Rakyat dan menjatuhkan Barisan Nasional
  4. Ustaz Kasim gagal mengiktirafkan Lim Guan Eng sebagai Kalifah
  5. Ustaz Kazim gagal membawa orang melayu mendewa-dewakan DAP
  6. Yang paling mustahak Ustaz Kazim tidak bersedia diperalat kerana Politik Pakatan Rakyat.
  7. Yang paling utama Ustaz Kazim ketinggalan zaman kerana berceramah kerana Allah, sepatutnya berceramahlah kerana kepentingan politik.
Sebab itulah permohanan ceramah Ustaz Kazim dibatalkan pada saat-saat akhir. Kalau Ustaz Kasim macam ceramah Mat Sabu, Abby Abadi dan berberapa penceramah yang mengaku undi Pakatan masuk syurga, sudah tentu Ustaz Kazim senang-senang boleh ceramah dekat Penang.

Kehebatan Lim Guan Eng juga menyebabkan PAS reda tiada seorang pun EXCO mewakili PAS di Pulau Pinang.





Pecah Palak Mikir

Ustaz Azhar Idrus dicabar bertanding di Kuala Besut !!!

Ustaz Azhar Idrus dicabar bertanding di Kuala Besut !!!

"Namun terpulanglah kepada yang empunya diri. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai. Politik ini sepak terajangnya lain macam sikit. Musuh boleh datang dari luar dan dari dalam parti itu sendiri. Pendek kata, kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga."

Kekosongan kerusi Dun Kuala Besut berikutan kematian penya ndangnya, Dr A Rahman Mokhtar dilihat memberi talian hayat kepada Pas untuk menawan semula Terengganu selepas tewas pada PRU13.

Malah dalam Sinar Harian hari ini, pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat berkata, Pas berpeluang menawan Dun Kuala Besut, namun bergantung kepada calon diletakkan nanti.

Katanya, Pas perlu letak calon ‘heavyweight’ kerana Dun Kuala Besut kubu kuat Umno dan pastinya BN akan meletakkan calon berwibawa.

Baik bila bercakap soal ‘heavyweight’ ini, dah mula dengar cakap-cakap dan komen dalam internet yang mula mengaitkan nama pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) sebagai calon Pas di kerusi itu.

UAI seperti yang kita tahu memang penyokong kuat Pas dan kerap dilihat memberi sokongan terbuka kepada kepimpinan parti berkenaan.

Malah dia adalah duta Pemuda Pas Terengganu pada PRU-13 lalu.

Cuma yelah, UAI sebelum ini pernah menolak untuk bertanding atau diberi pencalonan bertanding dalam pilihanraya umum mahupun pi lihanraya kecil. Dalam erti kata lain, mungkin dia lebih selesa di platform sekarang iaitu menjalankan kerja-kerja dakwahnya.

Tetapi siapa tahu dengan kelebihan yang ada padanya maka dia akan diangkat sebagai calon? Itu kemungkinan yang tak boleh ditolak!

Apatah lagi UAI anak jati Terengganu, cantik sangat. Lagipun ini peluang dan medan terbaik untuk UAI ‘walk the talk’ kata orang putih. Yelah, setakat berceramah memang mudah tetapi yang lebih penting melaksanakan apa yang diucap.

Rasanya ka lau terpilih jadi ADUN sekalipun, ini tidak bermakna dia tidak boleh memberi ceramah-ceramah lagi seperti sebelumnya.

Namun terpulanglah kepada yang empunya diri. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai. Politik ini sepak terajangnya lain macam sikit. Musuh boleh datang dari luar dan dari dalam parti itu sendiri. Pendek kata, kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga.

Ke macam mana Ustaz?

- Sumber
Rakyat Tranung (RAKTRA)

Project Serangan Subuh (Dawning Raid september 1981)

Project Serangan Subuh (Dawning Raid september 1981)


Diterajui oleh mantan PM kita iaitu Dr Mahathir Mohamed,projek hebat yang berlaku pada sept 1981 di mana Malaysia mengejutkan Kerajaan British dengan pengambil alihan Guthrie, Sime Darby n Golden Hope (Ketiga-tiganya sykt British masa tu) melalui projek khas dikenali Projek Serbuan Subuh dengan membeli saham di London Stock Exchange pada waktu subuh tanpa disedari sesiapa. Apa yang menariknya projek yang diterajui oleh Tun M yang menghantar 4 orang (Ku Li, Ghafar Baba, ?3,?4) bukan saja berjaya membawa kembali beratus ribu ekar tanah milik Malaya, malah tanah-tanah lain kepunyaan ketiga-tiga syarikat perladangan tersebut di seluruh dunia dengan anggaran keseluruhan sebanyak RM36 Billion.


Ada satu versi lagi yang mengatakan pada April 1981, Tun M melancarkan ASN. Rupa2nya tujuan ASN tu bukan sahaja sebagai tabung pelaburan rakyat, tapi sebagai cara untuk mengumpul wang bagi tujuan dawn raid project. 5 bulan kemudian (Sept 1981) dengan duit ASN itulah yang digunakan untuk membeli semua saham2 Guthrie di LSE. Walaupun guna duit ASN, tapi projek tu amat berbaloi kerana jumlah aset Guthrie yang dimiliki adalah jauh lebih besar iaitu sebanyak 36 Bilion ditambah pula dengan tanah di dalam dan luar negara kepunyaan Guthrie. Seolah-olah Guthrie diperolehi secara percuma.


Margeret Thatcher


Margeret Thatcher amat bengang dengan kejatuhan syarikat British yang berusia lebih 200 tahun ke tangan Malaysia (ladang Guthrie pun dahulunya milik Malaya). Beliau hanya tahu seminggu selepas peristiwa tersebut. Ianya jadi pengajaran yang amat berguna kepada PM Britain tu kerana sebelum ni dia amat bongkak kerana enggan menjual tanah Guthrie yang ada di negara kita semasa Malaysia menawarkan untuk membeli tanah tersebut. Tapi akhirnya Tun M dengan beraninya melaksanakan Dawn Raid Project sehingga tiada satu ekar pun tanah Guthrie di seluruh dunia yang tidak jatuh ke tangan Malaysia dan pengambilalihan itu sah di sisi undang2 ekonomi antarabangsa walaupun kerajaan Britain membantah.

Akhbar-akhbar di seluruh dunia pada masa itu meletakkan pengambilalihan itu sebagai berita utama mereka dengan tajuk antaranya "Serbuan Menyingsing Subuh" dan "Serangan Malaysia ke atas Kota London" yang menceritakan tentang kejayaan Malaysia, sebuah negara kecil di Asia Tenggara yang berjaya menundukkan keegoan Britain dalam usaha mendapatkan semula beratus ribu ekar tanah ya ng dahulunya kepunyaan orang Melayu tetapi dimiliki British sejak zaman penjajahan.

Setelah dimalukan di atas kejatuhan Guthrie kepada Malaysia, Kerajaan Britain telah meminda undang2 di LSE dengan mensyaratkan setiap individu atau kumpulan yang ingin memiliki harta British perlu melalui Parlimen British terlebih dahulu. Kesan daripada peristiwa tersebut, hubungan Malaysia-Britain menjadi dingin dan kerajaan Britain menuduh Malaysia dengan pelbagai tuduhan negatif berkenaan pengambilalihan Guthrie. Sekali lagi Tun M dengan beraninya mengadakan kempen Buy British Last dan memperkenalkan Dasar Pandang Ke Timur yang seterusnya menutup terus mulut Britain pada masa itu.

Sumber : http://hakim125.blogspot.com/2011/07/project-serangan-subuh-dawning-raid.html Kumbang Jingga

Bangkok...Day 4

Bangkok...Day 4

Sempat juga aku habiskan entry Bangkok ni walaupun aku sekarang terlalu busy....mihmihmih. Demi korang aku sanggup bersengkang mata...jadi ingat lah aku dalan doa mu..Eh!
 
Hari keempat...no more lawatan tapak lagi....hari ni Shopping Day!!. Tempat yang paling pames kat Bangkok iaitu Chatuchak. Chatuchak hanya buka pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. Bermula pukul 10.00 pagi sampai 6.00 petang. So make sure kalau korang pergi Bangkok kena pergi ke Chatuchak tempat shopping yang murah giler bagi aku. Prepare lah duit bebanyak ya. Sebanyak 15,000 kedai ya ada kat sini. Semua ada pakaian, kasut, handbeg, barang rumah, lukisan...macam2 lah.
 
Perjalanan mengambil masa 1/2 jam dari hotel dan charge teksi RM120.00 pergi dan balik.
 
 
 
Are you ready!!
 
 
Kiddos pun sudah ready!!
 
 
En Win pocket ada ready ker??? muahahah. I tak beli yang mahal...I  beli yang murah2 jer.
 
 
 
Sebelum bershopping kita makan dulu!! Kenyang perut...mata pun terang ya!!
 
 
 
Serang!!!
 
 
< div class="separator" style="clear: both; text-align: center;"> 
Anak aku dah start giler dulu...beg cuma RM7.90 jer ya. Beli lah untuk isi pencil ker, colour ker, beg make up ker...beli2...ambik2...hahaha
 
 
 
I tengok jer dulu...belum datang meroyan lagi
 
 
 
Dah start...baju tidur Disney cuma RM20 - RM25.00 sepasang. Baju tidur cotton yang biasa jual kat KL RM60.00 kat sini cuma RM20.00. OMG...aku dah tak boleh tahan sorang ambik 10 pasang senang boleh simpan sampai tahun depan. Boleh buang semua baju tidur yang dah singkat.
 
 
 < /div>
Cantik2...
 
 
 
Kasut cuma RM20.00 very good quality. En Win yang jarang shopping pun bila datang sini jadi tak keruan.
 
 
 
Ukelele cuma RM50.00 jer.
 
 
 
Ini yang paling best... selipar ni sebijik aku cuma kat Lot 10 tapi tak mampu beli sebab diorang jual RM295.00 tapi kat sini tapi cuma RM19.00. Ok satu keluarga borong kasut yang sama...nanti nak jalan depan kedai Lot 10 tu...muahahah.
 
 
 
Satu jer kat Chatuchak ni panas dia mencecah 39 celcius ok...panas nak mampus ok!! dari ada mood nak shopping sampai korang boleh jadi marah sbb terlalu ramai dan panas.
 
Pesanan Penaja: Baby tidak disarankan dating kesini...cuaca panas dan terlalu ramai orang. Sila bawa beg besar ya bila datang kesini sbb korang mmg akan shopping!
  ;
 
 
Terpaksa beli beg untuk sumbat barang shopping. Tak larat nak jinjing plastic beg!!
 
 
 
Jangan tertip u kami bukan backpackers...hahaha. Beg ni kat KL RM380.00 aku dapat kat sini RM90.00 jer. Wei! macam ni 10 kali keluar duit kat ATM machine pun tak cukup. Jadi berdoa lah sebelum masuk ke Chatuchak agar nafsu membeli tidak menjadi over ya. Tapi cun jugak ya kalau jadi backpacker...ala2 omputih...haktuiii
 
 
 
Berehat sebentar sbb terlalu panas... dah 3 jam kitaorang kat sini...tak jumpa jalan keluar sbb depan, belakang, kiri, kanan semua kedai.
 
 
 
Yaya!!
 
 
 
tuan belog!!
 
 
 
Adik!!
 
 
 
Sambung jalan lagi dan masih mencari jalan keluar!! hahaha
 
 
 
Sempat beli t-shirt rock untuk anak2
 
 
 
Dan banyak2 benda kat Chatuchak ni anak aku telah memilih gigi pelesu!! Lantak lah korang.
 
 
 
Sibling...Eh!
 
 
 
Penat ya...
 
Balik jer Chatuchak kitaorang bantai tidur dari pukul 3.00 petang sampai 8.00 malam sebab letih giler. Hambek nak jalan sangatkan...sampai tak larat semua orang.
 
 
 
Tempat wajib yang aku kena pergi... Hard Rock Café...nak cari t-shirt sbb aku mmg pengumpul T-Shi rt Hard Rock Café bagi setiap Negara yang aku lawati
 
 
 
For kiddos!!
 
 
 
Sempat lagi tidur baju cotton untuk buat tidur...selesa giler.
 
Aku memang banyak habis bershopping kali ni...beli baju budak2 untuk duduk rumah...baju gi tuisyen...baju tidur...baju jenjalan. So yang lama2 yang elok lagi boleh aku sedekahkan kat orang. Kesian aku tengok bebudak duduk rumah pakai  seluar jean yang dah senteng...baju dah sendat mendat sampai nampak perut...so dah murah kat sini beli jer lah kan. Untuk diri aku pun banyak jugak aku beli t-shirt cotton yang selesa untuk pakai kat rumah. So apa tunggu lagi...meh lah ke Bangkok!!
 
 
 
Esok paginya...kitaorang dah bertolak balik. Bye2 Bangkok...cukup duit nanti aku pasti akan datang  lagi. Untuk mak ngan abah thank you so much kerana telah menceriakan percutian keluarga kami kali ini. Untuk Ucu ...thanks sebab jaga anak2 senang aku nak merendek memalam. Love uolllsss!!
 
 
Elly In Wonderland

Nasib Peragut

Nasib Peragut

PONTIAN - 18/10/12, Nasib malang kepada 2 peragut yang telah berjaya ditangkap oleh penduduk kampung kayu ara pasong, menurut saksi, hj manan jalil 48, salah seorang penduduk tempatan yang berang dengan kedua-dua peragut telah membawa keluar parang tajam yang berkilat untuk menetak leher peragut tersebut.

Bagaimanapun perbuatannya sempat dihalang oleh orang ramai. Namun ketika peragut itu ditangkap, saksi mengatakan tidak ada barang berharga ditemui.

Salah seorang penduduk tempatan juga merupakan ketua kampung berang kepada peragut itu telah memerintah anak buahnya menyembelih kedua-dua peragut ini. Kaki-kaki peragut diikat sambil bertakbir, kedua-dua peragut telah sembelih peragut tanpa rasa belas kasihan.

Darah menyembur keluar, namun tiada penduduk menghalang perbuatan tersebut, kerana yang disembelih itu ialah seeokor kambing dan sesekor lembu yang meragut rumput disembelih untuk hari raya korban...

SALAM AIDIL ADHA MAAF ZAHIR dan Batin


--- sumbangan: Fariz

Ceritalucu

Fischer On Market Sensibilities

Fischer On Market Sensibilities

Finally, someone who talks sense about the current turmoil in the markets. The markets should not behave like a petulant child when candies are taken away from them. One, you cannot live on liquidity pumping forever. Two, the withdrawal will only happens when the global economy is recovering sufficiently. So where is the problem?

Billionaire investor Ken Fisher said the U.S. stock market rally that began in 2009 is only in its “middle” stages because most investors still underestimate the strength of the economy.

“We’re right in that transition bet ween skepticism and optimism,” the founder of Fisher Investments, which manages $ 48 billion, said in an interview at Bloomberg News’s office in Seattle. “The notion that it’s actually the middle of a bull market and there’s a lot ahead -- that’s a really impossible concept for most people to get.”

Stocks tumbled last week, with the Standard & Poor’s 500 Index posting its biggest two-day drop since November 2011, and bonds fell around the world after Federal Reserve Chairman Ben S. Bernanke said the Fed may start reducing asset purchases that have fueled gains in markets. The S&P index has slid 4.9 percent since a record high on May 21.

“I’m always amazed that people don’t marvel at the power of global capitalism and global economies, that they’ve actually done as well as they have,” said Fisher, 62, whose company is based in Woodside, California.

If the Fed reduces the stimulus, known as quantitative easing, the economy will grow faster, he said in the interview hours after Bernanke’s June 19 announcement. That’s because key interest rates will rise, encouraging banks to lend more money to companies for hiring and expansion, the investor said.
“I want QE to end because it’s bullish,” he said.

‘Wildly Optimistic’

Fisher’s predictions proved too bullish six years ago.

“I’m on the wildly optimistic side of things,” he told Bloomberg News at the end of March 2007, as a decline in the U.S. housing market began fueling foreclosures and investment losses that imperiled the financial industry the following year. While the S&P 500 (SPX) went on to rise 10 percent to a then-record high about six months later, it turned and plunged as much as 57 percent through March 2009.

In April 2009, Fisher correctly predicted that the S&P 500 would extend a rally that started in the previous month to between 60 percent and 70 percent by March 2010. In January 2011, he told Bloomberg News he didn’t expect “high equity returns” in 2011. The S&P 500 ended the year virtually unchanged, losing 0.04 point for its smallest annual change since 1947.

Consumer Comfort

Americans’ views on the economy last week were the least pessimistic in five years, the Bloomberg Consumer Comfort Index shows. Its measure of how households view the state of the economy climbed to the highest since January 2008.

Slowing global growth contributed to this week’s stoc k declines. Manufacturing in China is shrinking at a faster pace this month, according to a survey of purchasing managers released yesterday. Jobless claims in the U.S. surpassed forecasts, climbing by 18,000 to 354,000 in the week ended June 15, according to a Labor Department report last week.

Investors who pushed stocks down this week are overlooking data showing long-term interest rates rising, a positive sign, Fisher said in another interview after U.S. markets closed yesterday.

“It’s Mr. Market doing what it does: It’s trying to see if it can turn you against your better judgment,” he said.

Gold is set fo r its worst week since April after falling below $ 1,300 an ounce yesterday to the lowest in more than 2 1/2 years in New York. Bullion has slid 23 percent this year through yesterday as the Fed signaled it will taper the debt-buying that has helped the metal’s bull run.

Inflation Translation

“Most of history it loses money,” Fisher said. “Before the 2011 peak, people were still holding their breath for QE to translate into inflation, which would then push gold up. And when you waited too long and that didn’t happen, it backfired.”

Fisher is best known for writing a column in Forbes magazine for almost 29 years, he also has published 10 books, including “The Little Book of Market Myths: How to Profit by Avoiding the Investing Mistakes Everyone Else Makes” (Wiley, 2013). Malaysia-Finance Blogspot

Bagi Orang Melayu, Sah Dikatakan Berhantu!

Bagi Orang Melayu, Sah Dikatakan Berhantu!

Misteri 12.20 tengah hari
RIDAUDDIN DAUD
30 Jun 2013

KUALA KANGSAR - Detik 12.20 tengah hari seumpama menjadi satu misteri apabila dua kemalangan maut berlaku pada waktu itu, di kawasan sama pada hari berbeza.

Dalam kejadian terkini, seorang lelaki maut manakala seorang parah apabila motosikal yang mereka naiki terbabas di Kilometer (KM) 257.7 Lebuhraya Utara Selatan, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Abdul Gaffar Mohammad memaklumkan, kejadian berlaku pada jam 12.20 tengah hari dan penunggang motosikal, Haidir Bakar, 20 maut di tempat kejadian.

Menurutnya, dalam kejadian itu mangsa mengalami kecederaan parah di kepala setelah motosikal jenis Honda Wave yang ditunggangnya terbabas ke kiri jalan dan turut menyebabkan pembonceng motosikal terbabit, Mohd Fikri Mad Said, 21 parah.

"Hasil siasatan, polis mendapati mangsa merupakan seorang pelatih Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan semasa kejadian dia dalam perjalanan dari Ipoh ke Bagan Serai. Pembonceng yang cedera parah dihantar ke Hospital Taiping untuk rawatan.

"Mangsa yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) dan menetap di Parit Gabis, Bagan Serai, Perak tidak dapat mengawal kenderaan sewaktu tiba di tempat kejadian dan telah terbabas ke kiri jalan," katanya.

Abdul Gaffar berkata, kes disiasat mengikut seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, dalam kes sebelum ini, seorang lelaki, Su Wai a/l Nai Perm, 33 maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas ke sebelah kiri jalan di KM 258 Lebuhraya Utara-Selatan, Rabu lalu.

Perkara yang menghairankan adalah waktu kejadian dan kawasan adalah sama dengan kejadian kelmarin dan kedua-dua mangsa terbabit disahkan meninggal dunia kerana kecederaan parah di kepala.

Kedua-dua mangsa merupakan penunggang motosikal dan membawa pembonceng pada masa kejadian.
MOUNTDWELLER

Indonesia saksi bekas presiden Parti Islam didakwa seleweng kuasa

Indonesia saksi bekas presiden Parti Islam didakwa seleweng kuasa

LUTHFI Hasan Ishaq
MALAYSIA sahaja masih menyaksikan sesetengah penyokong Parti Islam Se-Malaysia (PAS) seakan cuba mengkuduskan para agamawan mereka, walhal Islam itu sebenarnya suci.

Di Indonesia, Parti Keadilan Islam (PKS) yang tidak jauh perbezaannya dengan PAS sudah mula menerima cemuhan khalayak apabila pemimpin tertinggi parti itu dikaitkan dengan penyelewengan kuasa.

Mantan Presiden PKS, Luthfi Hasan Ishaq serta rakannya Ahmad Fathanah disebut-sebut mempunyai 'bisnes hitam' melalui ahli korporat Yudi Setiawan, lapor Tribunnews.com.

Laporan asing itu menyebut, pengaruh Luthfi membolehkan Yudi Setiawan mendapat projek dari Kementerian Pertanian di bawah pimpinan Suswono.

Luthfi baru didakwa semalam (Isnin waktu asing) di Pengadilan Pidana Korupsi (Tipikor), Jakarta.

Pendakwa raya, Rini Triningsih mendakwa, Luthfi seringkali menerima jutaan rupiah daripada Yudi Setiawan.

Bahkan, permintaan 2 juta rupiah oleh Luthfi pada 24 Ogos tahun lepas segera ditunai oleh Yudi.

"Uang itu dikumpulkan Yudi dari beberapa vendor, antara lain dari PT Radina Bio Adicita milik Elda Devianne Adiningrat yang bekerja sama dengan Yudi Setiawan ,dalam proyek pengadaan bibit jagung di Kementan," tutur asal Rini dipetik.
PKS (Partai Keadilan Sejahtera) adalah antara partai "politikal islam" yang terbesar di Indonesia, parti ini menjual/memperguna agama di dalam kempen politiknya. 
Dan partai ini juga sangat terkenal dengan pelbagai skandal dan rasuah di kalangan pemimpinnya.seperti "politikal islam" yang lain Partai ini juga sangat pro kapitalis dan menjadi komprador kepada sistem neoliberal kapitalisme
Kata kawan Indonesia partai PKS sudah menjadi Partai Kemunafikan Sebenar 
[tulis Anas Abd. Jalil di facebooknya] 

"Kalau ada nas, tak pa!" kata Ayam kepada Beruk
faqar

Saturday, June 29, 2013

Ambil Gambar

Ambil Gambar


Pada suatu hari, Abu berada di dalam bas untuk ke bandar. Dia memegang sekeping gambar. Tiba-tiba, gambar itu pun terjatuh di bawah kain seorang makcik.

Abu : Makcik, tolong angkat kain, saya nak ambik gambar.

Makcik : Apa kamu cakap?!

Tiba-tiba.... PANG!!! Abu pun turun dari bas itu dengan muka yang bengang kerana ditampar oleh makcik itu di hadapan orang ramai.


---- sumbangan: Mohd Firdaus Ismail Ceritalucu

Khalid Samad, 'BlackOut505' senada desak pecat Pengerusi SPR

Khalid Samad, 'BlackOut505' senada desak pecat Pengerusi SPR

"Kita lawan di Parlimen, di luar kita lawan (BlackOut505), kita lawan at all level, tetapi jangan kita serah pada dia (Umno BN) apa yang dah kita menang." [petikan ucapan Khalid Samad]

Protes aman yang dikenali sebagai BlackOut505 di Padang Merbok dan perkarangan Parlimen Malaysia, semalam, adalah sesuatu yang tidak bertentangan dengan proses demokrasi berperlembagaan di negara ini.

Justeru, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (bersongkok) dilaporkan cuba menenteram peserta yang hadir selepas proses tangkapan oleh polis dilakukan.

Khalid berkata, beliau senada dengan peserta BlackOut505, iaitu mendesak Dewan Rakyat bersetuju untuk memecat pengerusi serta jawatankuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwa menipu PRU13.

"Kita turut bersama dengan mereka yang ditahan. Kami (PAS) akan bantu dan peguam akan ke sana (Lokap Jinjang), Ini merupakan tuntutan bahawa rakyat yang sepatutnya memilih.

“Saya berterima kasih kepada aktivis yang hadir menyatakan bantahan agar pimpinan SPR letak jawatan,” ujar Khalid.

Beliau berjanji akan mendapakan barisan peguam Pakatan Rakyat untuk membela anak-anak muda yang kini di bawa ke balai polis di Jinjang dan Dang Wangi.

“Kita akan minta kepada pihak polis untuk tidak mengapa-apakan mereka,” kata Khalid.

32 aktivis yang ditahan dalam himpunan depan bangunan Parlimen hari ini dibawa ke Lokap Berpusat Jinjang selepas diambil keterangan di IPD Dang Wangi.

Tindakan Khalid itu sekaligus mereputasi imej PAS di mata aktivis rakyat.

Khalid Samad ni liberal, kata Ayam kepada Beruk

faqar

Cer Baca Apa Kata Penjilat Nih?

Cer Baca Apa Kata Penjilat Nih?

Salahkah Anwar terlalu bercita-cita mahu jadi PM untuk perubahan dan kebaikan?
Semasa bersama dalam PKR kentut Anwar pun bau sedap
Sekarang tahi Najib pula yang wangi!

Saturday, 29 June 2013 10:37
Anwar gila kuasa, berkhayal - Chandra
Sifat gila kuasa yang dimiliki Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakibatkan Ketua Pembangkang itu sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai angan-angannya menjadi Perdana Menteri.
Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Chandra Muzaffar berkata, Anwar sedang menghadapi situasi mental berikutan kegagalan pakatan pembangkang menerima mandat rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.
Beliau yang pernah berganding bahu dengan Anwar ketika mengasaskan PKR memberitahu, Anwar berpegang teguh pada angan-angannya itu dan akan melakukan sesuatu bagi menggagalkan pihak yang menang.
"Kami yang lama mengenali Anwar tahu matlamat hidupnya yang ingin menjadi Perdana Menteri.
"Saya sendiri tidak faham bagaimana Anwar boleh begitu yakin pakatan pembangkang boleh memenangi PRU-13 dengan menjadikan bilangan penyokong yang menghadiri ceramah sebagai kayu pengukur kerana keyakinan itu tidak berasas," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Chandra mengulas kenyataan bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla yang menyifatkan Anwar sebagai pemimpin yang mempunyai imaginasi sangat melampau kerana masih ingin menjadi Perdana Menteri meskipun pakatan pembangkang kalah dalam PRU-13.
Tambah Chandra, Anwar akan terus berpegang pada keyakinan tidak berasas itu selagi ada pihak yang menyokongnya dari belakang.
"Namun, saya berpandangan, sokongan terhadap Anwar dari dalam dan luar negara kini semakin merosot," ujarnya.
Dalam pada itu, bekas rakan seperjuangan Anwar semasa mengasaskan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ismail Mina Ahmad menyifatkan Penasihat PKR tersebut sebagai seorang yang khayal.
Beli au yang juga Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) menjelaskan, keputusan PRU-13 secara logiknya menyebabkan Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri.
"Bagaimanapun sifat Machiavellinisme pada diri Anwar mendorongnya menggunakan pendekatan sosiologi termasuk menganjurkan dem onstrasi jalanan seperti yang disarankan penulis Barat, Gene Sharp bagi membantah keputusan PRU-13.
"Kita bimbang kecelaruan akan berlaku dalam masyarakat ekoran pengaruh mobilisasi sosial yang didalangi Anwar," katanya.
Ismail Mina turut berpandangan, pengaruh Anwar tidak boleh dipandang remeh kerana beliau mempunyai jaringan luas dan hati cukup keras untuk melaksanakan perancangannya - sumber
MOUNTDWELLER

Video Anwar Dan PR Teruk Dimalukan Dalam Parlimen

Video Anwar Dan PR Teruk Dimalukan Dalam Parlimen

Apa boleh dikatakan lagi bila melihat Anwar selaku ketua pembangkang dan lain-lain Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat terutama PKR dan DAP menjadi panas baran apabila tergamam dengan soalan maut dari Ahli Parlimen BN. Akibatnya situasi amat jelas menggambarkan bertapa malunya Anwar dan PR gagal menjawap soalan yang dikemukakan. Kasi layan... klik sini

Pecah Palak Mikir

Mustapa Ali disahkan calon pilihan Kuala Besut !!!!

Mustapa Ali disahkan calon pilihan Kuala Besut !!!!

Baca di Sumber Asal di sini !!!

Kedengaran ura-ura kehendak akar umbi PAS supaya parti itu mencalonkan anak Terengganu iaitu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali sebagai Calon di PRK Kuala Besut. 

Untuk rekod, 'orang kuat ketiga' dlm PAS ini tidak bertanding samada di DUN atau Parlimen pada PRU13. Setuju ?
Rakyat Tranung (RAKTRA)